Sunday, September 2, 2012

Naluri seorang ibu

Setiap kali yuyi belum  pulang dari tempat keja  setiap kali tulah aku tak boleh melelapkan mata, lagilah bila dia call bagitau aku yang ayah kepada kawan yang paling rapat ngan dia tu dah meninggal dunia malam tadi.Aku pun turut rasa sedih di atas permergian ayah kawan dia tu sebab  kawan dia tu dah jadi macam sebahagian dari keluarga aku .

Kebetulan tengahari tadi aku berbual panjang melalui hp ngan yuyi mengenai  kematian adik Filla Tak sangka hampir 20 minit gak aku berbual ngan yuyi mengenai kematian adik filla dan hal-hal yang bersangkutan dengannya  kemudian selang 20 minit  aku call dia lagi untuk berbual  perkara yang sama.Semoga Filla tabah diatas pemergian adik bongsunya semoga roh arwah adiknya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

 Pada masa yang sama dia  call  kawan rapat ngan dia tu , perbualannya pun berkisar  perkara yang sama. Maunya  aku tak terperanjat bila yuyi call dalam pukul 1.45 pagi  bagitau ayah kepada kawan rapat  dia tu meninggal dunia.Aku dah kirim salam takziah kat kawan rapat dia tu, aku harap kawan dia dan seluruh ahli keluarga tabah diatas  pemergian arwah ayahnya.

Jika kita percaya akan kebesaran Allah SWT,  ingatlah  setiap yang berlaku pasti  ada hikmahnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina