Thursday, September 27, 2012

pagi khamis aku ; sapa nak jadi ibu mithali sila angkat tangan.

Yeah yeah yeah pagi ni aku rajin  .tu pun nak kecohkan? mestilah aku kecoh masa hari aku bekerja bukan  rajin sangat nak masak pun.Hakikatnya memang aku malas nak masak masak waktu pagi ni tapi oleh kerana kasihankan  Firdaus yang  hampir setiap hari kena tala nasi lemak  itu yang   aku  merajinkan diri bangun awal pagi semata-mata untuk  masak sambal sardin ngan telur dadar berkacang panjang.*macamlah juadah special sangat*

  
macam gah sangat "sambal sardin" je pun

Nampak merah bukan bererti pedas . Pedas aku budak umur setahun pun boleh layan. *kak limah ko gelak aku sepak*

Sambar sardin judu ngan telur dadar berkacang panjang
 ekceli telur dadar berkacang panjang ni resepi koleksi MIL, dia suka banget makan  telur dadar ni bersama ngan  bubur nasi dapat kat aku layan ngan sardin *tekak melayu*

Mudah je nak buat telur dadar ni
1)segengam  dua hirisan kacang panjang
2)Masukkan  hirisan kacang panjang  bersama ngan sedikit garam dan secubit kecil serbuk perasa  dalam chefel, tumis hingga  sedikit layu
3)Curahkan (4 biji  telur) yang telah  dikocok  bersama  sedikit kicap cair. *tetiba je ayat indon keluar*
4)goreng telur dadar hingga garing  di kedua -dua belah.
    
Biar  telur dadar  agak garing di kedua-dua belah
  
Telur dadar berkacang panjang
 
  
Bekal Firdaus ke rumah Pengasuh, nanti sebelum pegi sekolah dia makan.


Nota pentinglah jugak

Lepas office nanti InsyaAllah cik ina reply message fb Dlieya's Darleenaye ,you know me well  my hp cap sardin king cup tak leh bukak fb & komputer office plak meng X kan fb.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina