Tuesday, September 18, 2012

Petang sabtu aku ; Dewi Sri Spa , De Wajah Spa di Alam Sentral ; Spa terbaek ; Palma Cafe SACC MALL Shah Alam

Dewi Sri Spa atau  De Wajah  Spa  pada aku  adalah Spa yang terbaek  milik bumiputera  yang pernah aku kunjungi. Aku mula berkunjung ke Spa ni  pada tahun 2003 banyak kali gak aku datang  ke sini  namun bagi yuyi  ni merupakan pengalaman pertama . Kerap berkunjung ke Spa bukan bermakna aku banyak duit. Buat pengetahuan pembaca segala kos rawatan aku  di spa ni banyak mendapat ihsan (dalam maksudnya) tanpa aku minta  daripada yuyi. Sejak jadi ibu ni, aku tak pernahlah lagi minta anak-anak belikan itu dan ini setakat minta tolong belikan beras sementelaah dia lalu depan kedai tu adalah kot .Entahlah mungkin aku ni spesis  orang yang  memang suka anak-anak waima orang lain sekalipun  buat sesuatu dengan hati yang ikhlas bukan la rasa terpaksa .


Kebanyakan gambar-gambar kat Dewi Sri Spa ni  diambil oleh Firdaus, jadi harap maaf  jika gambarnya tidak dapat memuaskan hati korang.
Kembar red mummy (acah je tu) bersama Firdaus ,dia yang buat facial treatment pada muka aku*jangan minta aku jadi Nealofa ye*

Ada sesiapa yang nak berspa sambil melihat artis berspa bolehlah berkunjung ke Dewi Sri Spa Alam Sentral. Ziana Zain dan Raja Farah adalah antara artis yang suka berkunjung ke sini .Hari Khamis hari tu Nora Danish buat pergembaran drama kat sini katanya kembar red mummy
 Setelah aku kenalkan  yuyi buat pertama kalinya  dengan Mega , dia terus jatuh cinta dengan layanan dan belaian Mega. Siaplah kau Mega mahu setiap minggu yuyi nak layanan dan belaian dari kau 
Bagi aku Mega adalah therapist yang terbaek kat sini
Yuyi sedang diulit mega
 
Budak yang tengah buat perangai
Tempat aku bersantai semasa facial treatment dilakukan kat atas muka aku*Jangan cuba imagine aku  macam Neolofa selepas muka aku difacial treatment*
Ni lagi satu gambar yang aku tak tahu apa tujuannya  dalam ini cerita  firdaus ! firdaus!
Aku suka ngan hiasan dalaman  Dewi Sri Spa
entah apa tujuan firdaus ambik gambar ni???

Sebenarnya cerita  makan-makan kat Palma cafe ni aku dah update pada  hari  minggu tapi entry tu terdelete kerana  kesilapan teknikal dari pihak aku .harap maklum Oleh kerana aku dah memerah otak untuk menaip entry makan -makan kat Palma Cafe yang sebelum ni aku dah taip maka aku dah kekeringan idea.Terimalah seadanya cerita pasal makan-makan kat Palma cafe ni ye.


Kat SACC Mall ni ada banyak tempat makan  yang  sedap dan menarik. Suatu masa dulu aku selalu bawak anak-anak makan kat sini. Pada hari tu aku saje nak mencuba tempat makan baru  aku  bawak anak -anak makan kat Palma Cafe , aku tukang  ajak  yuyi  tukang bayarnya .la la la

 
Melihat dari gambar juadah nampak sedapkan
 
Budak  jadi mengada-ngade bila disamping yuyi 
Bila aku amat-amati  yuyi ni pandai bertukar wajah mengikut kesesuaian  masa, tempat dan keadaan.la la la 
Gambar ni terlalu istimewa bagi aku
 Lamb chop untuk yuyi
Chicken chop untuk yuyi-Orang kurus  memang suka makan banyak ke?
Nasi kukus ngan ayam percek untuk aku, firdaus pun aku order kan  yang sama macam aku
 
Nasi kukus ngan ayam berempah untuk gula-gula hacks
   Terimalah posing  dari gula-gula hacks seadanya ye
Ni chicken chop yang yuyi order aku saje buh kat  kerusi kosong, manalah  tahu ada  teman lelaki yuyi dari alam bunian tolong perhabiskan chicken chop tu . Entah apa kena ngan yuyi ni  asal nampak makanan je dia punya teruja macam orang tak makan setahun .



Okeylah cukup setakat ni , aku ada kerja yang perlu dibereskan . Arghhh bila dah cuti lama nih la masalahnya malas giler nak pegi keja.Redho jelah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina