Thursday, September 6, 2012

Resepi Chicken chop old style

Masa ni wa teramatlah sedih kerana wa dan kawan wa ni terpaksa meninggalkan kak limah tergapai-gapai kebuluran di opis. Wa tak de niat  nak menguris perasaan kak limah , wa berfikir  yang dia ada potensi untuk menjadi pekerja cemerlang dan terbilang sebab tulah wa terpaksa meninggalkan dia tanpa pesan cuma wa perasan yang wa sedikit  bermurah hati bila wa tinggalkan dia bersama sebungkus kueh teow goreng.Wa berdoa  suatu  hari nanti kak limah  boleh mengambil tempat pegawai farmasi yang sedia  ada .
Kawan wa yang muka buruk, bergaji rendah  ni akan menjadikan  dunia  hura hara bila dia agak lapar ,  masa tu wa hanya  mampu berdoa supaya gua tak dijadikan habuan, wa manyak takut ooo.
Chicken chop di sini agak special nak dibandingkan ngan chicken chop di tempat lain

Memandangkan kedai chicken chop ni ujud sebelum wa dilahirkan dan wa pun dah merasa ini chicken chop  ni dari wa bersekolah rendah sebab tu   wa gelar ini chicken chop old style.Oleh kerana lidah   wa sudah biasa ngan rasa ini chicken chop old style wa  rasa wa boleh agak  resepi ini  chicken chop   , wa kasi resepi lu salin ye

1)ambik kertas dan pen
2)sediakan ipad atau bukak lappy atau komputer
3)Ayam bahagian peha kasi buang tulang atau ayam bahagian dada buang tulang-lu kasi henyak ngan lesung batu atau tukul besi supaya  isinya jadi lembut.-ayam perap ngan kicap cair dan sedikit halia kisar kot.Perap lebih kurang 30 minit gaul ngan bread crumbs kemudian goreng deep fried-setel bahagian ayam
4)Kentang  potong baji-rebus sampai empuk kemudian goreng atau bakar dalam oven
5)kacang peas dalam tin


sos untuk  chicken chop

1)Sos Tomato
2)Sos Cili
3)Hirisan bawang besar Holland

Tumis hirisan bawang holland sampai naik bau kemudian masukkan sos tomato bersama sedikit sos cili , tambah air biar agak mendidih , sebelum angkat buh kan secubit kecik serbuk perasa dan sedikit gula.

Ambik pinggang besar susun kentang , buh sedikit kacang peas, ayam yang digoreng deep fried kemudian curah sos  atas ayam  tadi .

Kalau lu  berfikir cara chef profesional lu akan berpotensi untuk menjadi chef yang tersohor.ha ha ha .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina