Wednesday, October 10, 2012

bos ikea kawanku atau bos coach kawanku mereka juge boleh menjadi buruh kasar yang ada potensi untuk maju pada masa hadapan

Alhamdulillah syukur pada Allah SWT  kerana mengurniakan aku anak -anak yang bertulang besi dan berurat dawai , no  lembik-lembik no manja-manja no no abang belikan i selai  spenda atau coli abang i nak makan beger bang.Nah aku bagi pelempang .Ape ape rahsia anak aku  bertulang besi berurat  dawai ? Tak de rahsia apapun   mungkin masa  pregnant aku  tak pernah  makan  sebarang vitamin atau apa saje jenis supplement   yang doktor bagi cuma aku  banyakkan  pengambilan  ikan ,susu, kacang,  sayur(tak kira apa jenis sayur pahit pun aku bedal) dan cheese . Suami aku kan pemancing tegar jadi setakat nak makan ikan bawal putih stim 3 hingga 4 kali seminggu tutup sebelah mata je.*double edisi  riak *

Berbalik cite pasal anak-anak aku ; InsyaAllah dorang  semua boleh  berdikari  ; boleh buat keja berat (angkat batu bata) waima kerja yang paling ringan tapi kena tengok jugak macam mana punya ringan kalau setakat lipat kain baju  jangan haraplah anak aku nak buat  especially  yuyi mungkin dia terkena badi aku yang tak  berminat  lipat kain baju kot. Kalau setakat  hendak mengangkat tong gas atau beras 10 kilo tutup sebelah mata  je  yuyi  boleh angkat lebih lagi kalau nak hentak kepala orang ngan helmet.Hentak menghentak ni pegi tanya yuyi sebab dia ada pengalaman hentak  kepala sorang budak lelaki ngan helmet. bak kata yuyi "nasib baik tak berderai mak"


Biasalah orang susah cam keluarga kami ni manalah sempat nak  lemah lembut  saper yang nak buat keja berat kalau dah semuanya maintain lemah lembut  jadi tak kisah la kasar ke ganas  janji hati baik dan dalam hati ada taman serta  tak menghamburkan perkataan kesat   terhadap orang lain atau menganiaya hidup orang lain.

jom tengok bos ikea cum buruh kasar  wat kerja tapi sebelum tu kena bagi upah makan makanan peveret dorang dulu yeah inilah dia makanan feveret dorang sila tepuk tangan


kangkung goreng belacan
ayam masak lemak cili api tanpa bawang merah dah sah sah lomak cili api style orang nogori 9
sambal belacan tomato

Abaikan mandur yang tak diundang  yang sedang menyibuk ditengah  dua orang buruh kasar
A
B
C
D

 Nampak tu tulang besi urat dawai sedang menukul sesuatu



Sekadar luahan hati


Opppa  I am  sick  with your  "PALE  FACE"  duk je situ diam-diam  boleh tak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina