Wednesday, October 17, 2012

Hari sabtu aku ; mata dan mulut bercanggah bicara ; Sekolah SPA & Akademi SPA


D'Kayangan memberikan servis yang terbaek
Dimana saje Firdaus ada
Saya tak suka anak mata tu
Tak suka di ganggu dan ditanya soalan yang berbentuk  peribadi
Therapist tak diundang



frust! frust !frust!, impian aku  nak mengupdate blog tadi malam hancur musnah hanya kerana aku keletihan dan kemudian terus tertidur . Yes,  minggu ni aku terlalu sibuk   ; sibuk menguruskan kerja rumah,sibuk menguruskan suami  dipendekkan cerita  semuanya sibuk-sibuk belaka sehingga terpaksa mengabaikan blog kesayangan aku ni.Sabau jelah ye. Entah kenapa dalam minggu ni mata aku  cepat je  nak terlelap  aku syak air cond  kat ofis  aku  terletak dekat ngan  atas kepala aku ni yang menyebabkan mata aku pedih dan rasa nak terlelap.

Berbalik  pada tajuk entry aku  kali ni; petang sabtu aku ngan yuyi  ke Spa D'Kayangan, ekceli kami tak nak datang ke situ tapi memandangkan Serenity  Spa & Dewi Sri Spa Alam Sentral dah penuh jadi  kami tak de pilihan. Padan ngan muka sendiri  saper suruh tak booking awal-awal ?kami tahu mengenai Spa D'Kayangan  ni pun melalui web site hasil penjelajahan yuyi pada petang tu.Kitaorang berdoa dalam hati supaya tidak tersalah memilih spa seperti spa di sini

Masa kami sampai di Spa  D'Kayangan  jarum jam dah menunjukkan pukul 3  petang. Sebaik kami sampai di muka pintu Spa muncul seorang therapist Indonesia kami di sapa lembut oleh therapist tu  . Kami terus jatuh suka pandang  pertama dengan dia . Kemudian selang beberapa saat  datang sorang perempuan melayu berumur sebaya ngan aku menghulur salam pengenalan kepada kami. Seriously merenung anak mata perempuan tu    buat  pertama kali "argh mata dan mulut bercanggah bicara"aku kata dalam hati. Aku tak bagi yuyi ambil pakej aku suruh dia ambik besa-besa je. Selepas berfikir dan bincang sesama kami akhirnya kami mendapat kata sepakat yuyi buat facial treatment kolagen untuk  wajah  manakala  aku plak membuat urutan SPA that all.


Selepas aku ngan yuyi  menjalani proses  perawatan yang kami kehendaki wow kami amat berpuas hati  dengan perkhidmatan dan layanan therapistnya.Cuma   kami sedikit rasa  tak berpuas  hati dengan  pompuan cum threapist cum supervisor yang menguruskan spa ni perempuan aku tak suka ngan anak mata dia tu. pesan aku ;  Belajarlah dimana-mana sekolah atau akademi spa sekiranya kita berminat bekerja di spa .Kalau rasa diri kita tak pandai bercakap panjang lebar , pendapat aku tak salah rasanya  kita  mendiamkan diri    bukan apa ditakuti percakapan kita  itu akan mengjengkelkan orang yang mendengar lagi lah kalau sipendengar itu  seorang yang pendiam. Pendapat aku lebih baik atau cocok  kita bercakap atau bercerita mengenai   nenek kita kat kampung ke ?cerita nenek kita nak kahwin lain ke atau cerita nenek sangat mencintai atuk kita ke? daripada kita bercerita pasal ; saya lahir tahun 76 awak plak,  adik keja kat mana? keja apa? atau terus terang lah akak cakap adik kena pakai produk akak kalau tidak muka adik kendur  seriously  cerita  sebegini bila disembang-sembangkan kat SPA kadangkala boleh mengjengkelkan hati.




Okey ye cukuplah untuk  hari ni , pesan aku bersembang-sembang dan berbual-bual lah ngan berhemah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina