Monday, October 22, 2012

Hari minggu aku ; I like mee jawa since pertama kali merasa mee jawa suwarno


Mee jawa yang pertama kalinya diperkenalkan di dalam sejarah hidup aku iaitu mee jawa Suwarno. seingat aku semasa mee jawa suwarno menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat di  Pelabuhan Kelang  waktu itu aku  masih bersekolah menengah. Jangan tanya aku siapa  Suwarno tu? Aku memang tak pernah kenal  siapa Suwarno  dan aku pun tak pernah  tahu macam mana boleh wujudnya perkataan  Suwarno  di sebelah kanan perkataan mee jawa.Tapi yang pasti mee jawa Suwarno masa aku bersekolah menengah tu memang sedap . Kengkawan jangan rasa hairan plak sekiranya  sedang  kengkawan mencari -cari kedai mee jawa kengkawan terserempak dengan keda mee jawa Suwarno.pelik tapi benar.

Maaflah ye memandangkan hari ini aku sedang menahan kesakitan yang luar biasa maka  aku tak dapatlah  hendak berlebih-lebihan bercerita mengenai mee jawa Suwarno.Kita terus kepada resepi mee jawa  ye...........

 
Bahan -bahan untuk membuat kuah mee jawa versi aku (sukatan kuah untuk  1 1/2 - 2 bungkus mee kuning sebungkus RM1.50),  sekiranya anda ada versi yang lebih mantop dipersilakan  ..............

A)10-15 tangkai cili kering digunting dan direndam dengan air panas-dikisar halus
B) puri keledek- isi  keledek yang direbus dan dikisar atau lenyek(aku guna  3 biji keledek  sederhana besar)
C)4 sudu besar rempah kari-bancuh dengan sedikit air
D)4 ulas bawang merah ,4 ulas bawang putih , sedikit jintan manis dan jintan putih dikisar kering  kemudian kisar bersama  1 1/2 gengam udang kering yang dah dibasuh.
1 liter air rebusan daging atau udang.



Cara-cara membuatnya

1)tumis bahan kisar hingga naik bau dan layu serta pecah minyak-guna api sederhana
2)tumis cili kisar dan rempah hingga pecah minyak-guna api sederhana
3)masukkan air rebusan daging atau udang-biar agak mendidih
4)masukkan puri keledek-kacau supaya puri keledek sebati dengan kuah  tadi.Biar kuah  agak mendidih dan pekat-guna api sederhana
5)Perasakan dengan gula, garam dan secubit serbuk perasa(Seimbangkan rasa manis dan masin, kuah mee jawa mesti ada rasa sedikit manis.

Kalau kurang kuah boleh tambah air, juka cair boleh pekatkan dengan sedikit bancuhan tepung jagung.




 
Kuah mee Jawa 

Selepas  kuah  mee jawa  siap  bolehlah kita  menyediakan aksesori untuk mee jawa plak
 Telur rebus
 Mee kuning yang telah dicelur dengan air panas  
 Tahu yang telah siap goreng
 Telur yang telah siap dikupas kulit  dan dibelah dua
Entah kenapa setiap kali nak menyusun  aksesori untuk  segala jenis mee aku mesti nak menyusun di dalam  bekas biskut raya aku ~~dah habit kot~~

1)cili besar yang telah dibuang biji dan dihiris halus
2)limau kasturi yang telah dibelah dua
3)segengam taugeh yang telah dicelur dangan air panas bersama sedikit garam
4)tahu goreng yang telah dihiris sederhana besar
5)bawang goreng
6)daun saderi  yang telah dihiris halus

Susun atur  mee dan bahan-bahan aksesori mengikut kreativiti masing-masing kalau kengkawan  ikut kreativiti aku  memanglah hampehhhh
 Ini jelah  kreativiti aku yang boleh aku banggakan.la la la 
 Budak yang tak berapa suka makan mee tapi pada hari tu dia redho: )
 Aku tapaukan untuk anak lelaki aku gula -gula hacks~Aku tak pernah lupa  lupa anak-anak yang tak berada di sisi aku ~~~
Sebungkus lagi untuk anak yang comel


Berjumpa lagi dilain hari dan waktu ye kengkawanku semua.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina