Wednesday, October 3, 2012

pagi rabu aku ; easy breakfast -Roti telur bergarlic butter

Suami aku keja kat tengah lautan  dah  tentu tentu kat sana  tak de kantin  makanya  setiap hari dia nak  bawak bekal buat lapik perut  kat tempat kerja sementara menunggu untuk makan  malam .Bila suami dah nak  bawak bekal ke tempat kerja  maka aku wajiblah  merajinkan diri bangun pagi untuk  memasak apa yang patut ye dak .suami aku nak bawak bekal makanan yang ringan-ringan je selalunya aku masakkan untuk dia roti telur atau roti cheese  kalau tak de tak de  sangat pun aku bekalkan  dia roti krim massimo, dia tak kisah pun.Suami aku tak nak bawak  bekal  makanan yang berat-berat macam nasi lemak atau mee goreng bukan apa  dia takut sakit perut je kalau makan makanan yang berat-berat  nanti kalau dah sakit perut   kat mana dia  nak  cari toilet  di tengah laut yang luas tu?

Bekal untuk suami ngan Firdaus pagi ni ; roti telur bergarlic butter

bawang putih cincang
 bawang putih cincang  digaul bersama butter dan sedikit mix herbs-buat lebih sikit  boleh simpan dalam esbok nanti bila kita  nak guna boleh sambar je dalam esbok.
 garlic bread sedap gak kalau dilayan ngan mushroom soup
 
aku guna roti massimo dengan germa gandum rotinya gebu dan tedap apa yang penting kat luar  roti sandwich germa gandum pack besar ni kat luar harganya RM3.50 aku dapat beli ngan harga RM2
 *edisi riak*
 aku celup kedua roti ngan sedikit  telur  yang dikacau bersama sedikit garam, lada sulah dan  hirisan nipis bawang holand .Aku lengserkan garlic butter sebelum aku bakarkan  diatas chefal
roti telur bergarlic butter-abaikan ayat aku yang macam harem tu



Okeylah jumpa lagi, aku ada keja yang perlu dibereskan pada kadar segera.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina