Saturday, October 20, 2012

Pagi sabtu aku ; bukan pengemar nasi lemak ; borak -borak nasi lemak bersama bukan pakar masak

Ya aku mengaku yang aku ni bukan pengemar nasi lemak. Bak kata orang tua-tua ada aku  makan kalau tak de aku diam je. Sesekali ada juge gila  meroyan pada nasi lemak aku sampai  masa tu mulalah aku  berkeinginan menjamah   nasi lemak hasil   air tangan sendiri. Keinginan tu makin meruap-ruap bila melihat semua bahan-bahan untuk membuat nasi lemak mencukupi so aku apalagi dengan pantasnya terus mencapai periuk untuk memasak nasi lemak.

Pagi ni dah sah sah aku gila meroyan pada nasi lemak : )

Aturan biasa memasak nasi  lemak :-

1)  beras  hendaklah  dikosek berseh dan buang airnya  .(Aku guna periuk nasi letrik)Tuang santan dan garam secukupnya ke dalam periuk nasi tadi dan gaul rata .Lempar 1/2/ inci halia dan simpulan daun pandan.Masak nasi  hingga hampir kering dan bila button keep warm menyala masa tu barulah  kita serihkan nasi .*main lempar pasti sedap*

2) cara menyediakan sambal ikan bilis

Kalau suka kita boleh gorengkan dulu ikan bilis sebelum kita hendak membuat sambal ikan bilis. Paling penting nak mendapatkan sambal  nasi lemak yang sedap kita kena tumiskan cili  kering yang dikisar bersama bawang merah dan sedikit belacan (suku inci ) sampai pecah minyak dan naik bau.Lebih lama kita tumiskan cili kisar  nanti  lebih sedaplah sambal nasi lemak kita tu. Akhir sekali masukkan sedikit air asam jawa . Tak kiralah apa jua pun bahan yang kita guna cuma   apa yang penting kita kena tahu  quantity cili kering , bawang merah dan belacan atau air asam jawa kena seimbang.

3)Rebus telur mengunakan api sederhana bagi mengelakkan rupa telur mengalami kejutan budaya.ha ha ha . Jangan lupa masukkan sedikit garam ketika merebus telur agar telur tadi senang dikupas dan rupa telur menjadi cantik molek

3) cara menyediakan hirisan timun  *bajet cam ramai yang tak tahu hiris timun glurpp*
Rendam timun dengan air garam sebelum dihiris supaya dapat mengekalkan  kesegaran dan kehijauan hirisan timun .that all.

4)kacang goreng *tunggu tahun depan kalau masa tu aku ada kerajinan*la la la

gambar di sebelah kiri ; Ikan bilis adalah salah satu bahan  asas untuk membuat sambal nasi lemak  manakala gambar di sebelah kanan ; timun  sebagai bahan sampingan untuk dimakan bersama nasi lemak *hurmm aku dah macam cikgu SRT plak*
 Jangan lupa gunakan api sederhana semasa merebus telur
 Jangan lupa mengunakan minyak panas dan banyak semasa mengoreng ikan bilis 
 Ikan bilis yang ranggup sentiasa menjadi idaman hati 
 Beras bersama santan , garam secukupnya serta simpulan daun pandan dan 1/2 inci halia
 Nasi lemak air tangan sendiri-cubalah anda pasti berpuas hati :)
Simpan ikan bilis goreng dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan ikan bilis lemau (masuk angin). Aku tak kupas semua telur supaya telur lebih tahan lama.Nanti masa nak makan  baru aku kupas .

Jemput makan : )


ko mampu tengok cite kartun sambil makan nasi lemak ngan minum sekotak  teh bunga : )



Okey ye jumpa lagi dilain waktu, makcik ada kerja yang semakin menimbun kat belakang sana , makcik pergi uruskan dulu ye....










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina