Tuesday, October 30, 2012

pagi sabtu aku ; sup daging korban ; Berkorban apa saje harta atau pun nyawa


Berkorban apa saje


Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
 
Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Hemmmm hemm  hemmmm  hemm
 
Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi
 
Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Hemmmm hemm  hemmmm  hemm
 
Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji
 
Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Berkorban? apa yang kita tahu pasal korban?bercakap pasal hari raya korban sana sini orang sibuk  bercakap pasal korban.Sebagai ibu sila tanya diri sendiri adakah kita ikhlas melakukan pengorbanan terutama dalam membesar dan mendidik  anak-anak?fikir fikir dan renung renungkanlah

Aku sendiri  pun tak tahu kenapa dan mengapa  aku nak kaitkan lagu Berkorban apa saje ciptaan dan gubahan Tan Sri P.Ramlee dan lirik Dato Jamil Sulung dengan sup daging korban aku ni. Cukuplah hanya aku saje yang tahu apa tersirat dan tersurat dalam hati aku ni.

Kamu tahu tak bahagia itu sebenarnya apabila kita  mampu membahagiakan  dan hanya orang bahagia je boleh membahagiakan orang lain.


Marilah kira berkorban masa  dan  tulang 4 kerat demi untuk membahagiakan anak-anak dan suami
bahan-bahan utama  untuk membuat sup daging
1)bawang putih
2)bawang merah
3)halia

dibasuh dan diketuk dengan mengunakan belakang parang

 daging anggaran sekilo-basuh berseh dan tuskan


2 tangkai hirisan daun saderi dan daun bawang
 kentang dibelah dua
 3 sudu besar rempah sup adabi-dibancuh ngan sedikit air
 cara-cara membuatnya

1)tumis kayu manis dan bahan ketuk (bawang dan halia)-guna api sederhana
2)masukkan rempah sup yang dibancuh dengan air-tumis sampai pecah  minyak-guna api sederhana
3)masukkan 1 liter air-biar agak mendidih
4)masukkan daging diikuti dengan kentang-biar daging dan kentang sedikit empuk
5)Bila daging dan kentang dah empuk, tutup api kemudian taburkan sedikit hirisan daun saderi dan daun bawang.
6) Kalau sup rasa tawar boleh tambah sedikit garam dan secubit kecil serbuk perasa

 



 aksesori bihun sup(cili api kicap, limau kasturi dibelah dua, bawang goreng dan hirisan daun saderi)

Lauk tambahan
 Budu cicah dengan ikan goreng -aku baru belajar dengan kawan aku yang ini


 ikan kembung goreng tepung -ikan kembung digaul garam , rempah kari,secubit kecil  serbuk perasa lepas tu  digaulkan dengan tepung jagung.Biar dalam dua atau tiga minit  kemudian bolehlah digoreng dalam minyak banyak dan panas.


sup daging


Firdaus tengah khusuk melayan sup daging ngan nasi putih.

Jumpa lagi dilain rancangan .........................








Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina