Tuesday, October 16, 2012

Penantian itu satu penyiksaan .kepastian itu menghapus kerisauan

Sekuali togak mee goreng
Untuk anakanda tercinta
Untuk anakanda tercinta
Aktiviti subuh hari ni ; mengoreng mee dan menapau kari ayam balance lauk semalam untuk Firdaus ; dah lah aku terbangun pukul 5.30 pagi tapi mengenangkan makcik yang menjual nasi lemak kat depan rumah aku tu menutup kedai dalam dua hari ni jadi terpaksa aku  meredhokan  diri mengoreng mee dalam keadaan tergesa-gesa.Jangan tanjat  ngan mee goreng sekuali togak , seriously  aku spesis yang tak berapa nak pandai masak sikit-sikit  walaupun yang makan hanya  suami aku dan Firdaus nanti selebihnya aku  agihkan ke suatu destinasi rahsia.

Sila abaikan tajuk yang sedikit mengjengkelkan itu. Ya , aku sedang menanti sesuatu yang pasti  Aku tetap menanti walau seribu tahun lagi tapi yang pasti   bukan menanti insan yang bernama "LELAKI"   aku sedang menanti email daripada  anak aku yuyi.Nampak  tak disitu aku punya pemalas hari tu kamera  depan mata tak nak plak aku  transfer gambar ke komputer.Bila  yuyi dah bawak balik kamera ke rumah dia masa tu  baru plak aku tergedek-gedek "anakanda, sila email  gambar dengan kadar segera"

Minggu ni aku terpaksa mengabaikan blog kesayangkan aku ni demi anakanda tercinta busyuk masam yang sedang menghadapi perperiksan akhir tahun.InsyaAllah pada setiap malam dalam minggu ni aku akan meluangkan sedikit masa untuk  menemani  anakanda busyuk masam aku mengulang kaji pelajaran.*banyak kau punya busyuk masam* best gak sesekali melayan  perkataan "anakanda".


Sekian sahaja buat masa ni. Terima kasih kepada pembaca setia blog aku yang sentiasa sudi berkunjung ke sini  walaupun aku tak update dengan pesanan "Bersabar ,InsyaAllah ada masa terluang malam nanti aku update ye" .*bajet baguskan?*




Sedap gak melayan biskut marie cicah ngan teh o panas.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina