Wednesday, October 3, 2012

Petang minggu aku ; roti telur lagi tapi kali ni bercheese plak

 Hari ni aku tunaikan janji  aku kat sini .Petang minggu tu aku tak masak untuk juadah makan malam aku cuma buat roti telur bercheese  .Hari  minggu tu kan aku dah bangun  awal pagi siap  masak nasi ngan  sambal ikan bilis  plus  telur mata kerbau lagi .Awal  pagi  lagi suami aku ngan firdaus dah tala nasi  jadi takde maknanya lah  malam tu  aku nak masak lagi nasi ngan lauk pauk  bagai*mengaku je malas habis cite ye dak* ye aku memang malas argh nak masak lauk pauk dua kali  alah  untuk juadah makan malam  je ,  buat  yang  simple je udah. Nasib baiklah suami aku ni jenis tak  banyak bunyi, dia makan je apa yang aku masak tapi  dengat syarat  makanan yang aku masak  tu   jangan terlebih masin .
Berbalik pada roti telur bercheese
 Bahan-bahannya mudah je
1) chedar  cheese-aku hiris nipis kepada beberapa bahagian-boleh je guna mozarella atau apa saje cheese yang terlintas difikiran  korang janji halal .
2)5 biji telur dikacau ngan sedikit garam dan lada sulah
3)beberapa keping  roti dibuang bahagian tepi dan dibelah dua
Ambik sekeping roti , tepekkan  cheese atas roti tadi kemudian tutup semula nga sekeping roti, ulang proses yang sama sampai habis.
Celup  roti dalam bancuhan telur kemudian susun  roti tadi  di atas chefel, jangan lupa balik-balikkan roti tadi bakar atau goreng sampai kekuningan -bakar guna api sederhana .terpulang pada koranglah ye  nak bakar atas apapun.
 
 roti telur bercheese -boleh dihidang panas bersama mayonis atau sos cili
Nampak disitu kemewahan cheese



Sekadar luahan hati

kedua belah bahu aku ni  tengah sakit,bertabahlah wahai hati : )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina