Wednesday, October 31, 2012

petang sabtu aku ; rainbow cake versi makcik kerastangan

Ingat tak aku pernah cerita kat sini yang aku  gagal dalam membuat rainbow cake ?mesti ingatkannnn tak kisahlah gagal pun gagallah tapi kita kena percaya  gagal   itu lumrah hidup gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya ye dak  .Haish leganya  percubaan aku  membuat rainbow cake buat kali kedua berjaya akhirnya.Istilah "berjaya"  di sini bukan bermaksud yang  rainbow cake yang aku buat ni  berupa paras molek , comel , kiut atau setanding  dengan rupa paras rainbow cake yang dibuat oleh tukang buat kek profesional  tapi satu je yang kengkawan kena percaya rasa rainbow cake aku ni setaraf dengan rainbow cake yang ada  dipasaran*edisi riak*.sila tutup telinga serta butakan  mata sekarang  dan marilah kita  cuba membuat rainbow cake .

 penyedian untuk membuat italian meringue butter cream
Italian Meringue Buttercream
Resepi cilok dari : blog ibu cergas
Makes 8 cups.
120 ml @ 1/2 cup air 
430 g gula castor
250 g @ 1 cup of eggwhites (~ 7 biji diambil telur putih sahaja)
680 g unsalted butter (aku guna salted butter)
1 tsp of vanilla extract
Cara-cara:
  1. Sediakan putih telur untuk dipukul sehingga kembang dan bertanduk.
  2. Serentak dengan itu, masukkan gula dan air ke dalam periuk, dan panaskan atas api sehingga mendidih untuk 7 minit.
  3. Selepas 7 minit air gula mendidih, tuang air gula ke dalam putih telur yang telah kembang tadi dengan halaju mesin yang tinggi. Teruskan pukul sehingga dasar magkuk mixer tu sejuk. Agak lama juga, lebih 15 minit. Pastikan kesemua telur putih tadi terkena gula yang panas itu. Ini untuk memastikan putih telur itu masak dan kuman-kuman mati.
  4. Masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur. Pukul lama-lama sehingga semua sebati. Mungkin mengambil masa agak lama ~10 ke 15 minit.
  5. Siap. Boleh disimpan beberapa minggu dalam freezer. Pukul kembali sehingga kembang bila dah thaw keluar dari freezer.
putih telur dah bertanduk yang dah dicampurkan dengan air gula yang telah didihkan
salted butter
italian meringue butter cream yang dah siap sepenuhnya 
Italian meringue butter cream yang dah siap sepenuhnya tadi aku masukkan ke dalam plastik kemudian aku simpan dalam freeze
Bahan-bahan utama untuk membuat rainbow cake
bahan -bahan utama untuk membuat rainbow cake

Rainbow Cake
Resepi cilok dari : ibu cergas
226 g butter, room temp-aku guna 250 g
426 g sugar -(aku kurangkan jadi 350 g)
5 egg whites, room temp
1 teaspoons vanilla
426 g flour-aku guna self rasing flour
1 tsp baking powder
½ tsp salt
355 ml milk, room temperature
Cara-cara:
  1. Panaskan oven 175C.
  2. Sediakan loyang yang dilapik dengan kertas pembakar. Kalau ada 6 loyang lagi bagus. aku  cuma ada 2 loyang bersaiz 6 inci. Aku bakar sekali 2 loyang ,nasib baiklah oven aku sedikit besar*edisi riak disitu*
  3. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.-aku guna self raising flour
  4. Pukul mentega dan gula castor sehingga bertukar warna pucat.
  5. Masukkan telur putih sedikit demi sedikit. Pastikan telur putih ni dipecahkan satu persatu ke dalam bekas berasingan. Manalah tau kan kalau-kalau ada telur tembelang. Tak ke haru.
  6. Masukkan esen vanila.
  7. Masukkan tepung dan susu berselang seli. Dimulakan dengan tepung, dan diakhiri juga dengan tepung (tepung-susu-tepung-susu-tepung-susu-tepung). Kacau sehingga sebati. Tapi jangan terlebih kacau pula.
  8. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Dalam adunan ni, saya anggarkan setiap bahagian supaya mempunyai berat 251 gram. Warna-warna pilihan adalah, ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah. Saya guna pewarna cecair yang biasa-biasa sahaja.
  9. Bakar dalam oven untuk 23 minit bagi setiap loyang (ni kalau ikut oven sayalah. Hehe)

adunan rainbow cake 
Aku sentiasa tamak dengan italian meringue butter cream.
My first rainbow cake-abaikan rainbow cake  aku yang comot tu seperti yang kengkawan sedia maklum"mak kerastangan" dan mak tak de spatula*ada hati nak decorate cake*ratu tolong akak mu ini.
my first rainbow cake
Firdaus yang tak sabar nak merasa kesedapan rainbow cake yang mak dia buat *masuk lif tekan sendiri*


InsyaAllah aku akan cuba lagi membuat rainbow cake sehingga  aku  mendapat rainbow cake yang berupa paras molek , cantik dan kiut miut.



Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina