Friday, October 19, 2012

Tertinggal keretapi ; terung bulat comel lote goreng cili sedap

Petang semalam blog  aku dah tertinggal lauk kari ayam dan terung bulat comel lote goreng cili kat sini .Patutlah  aku rasa lain macam je blog aku, rupanya ada lauk  yang tertinggal. Tak delah gah sangat pun  lauk yang  tertinggal tu cuma aku nak bagitahu kat kengkawan yang terung bulat comel lote goreng cili  tu sedap banget tapi aku  tak puas makan sebab sikit sangat. Lain kali  kena beli lebih  sikit  terung bulat comel  lote tu.
  Abaikan periuk kari ayam aku yang comot,  sila beri tumpuan pada kari ayam aku tu je.

Oleh kerana ada perempuan sial yang dah  menganggu mood aku nak membebel jadi apa kata kita terus je kepada resepi
Terung bulat comel lote goreng cili 

Bahan-bahannya

1)sepaket terung bulat comel lote(anggaran 15 biji-dibelah dua)
 Gaul sekata terung bulat bersama dengan sedikit garam  kemudian terus goreng dalam minyak yang panas dan banyak
2)5 tangkai cili kering-potong dan rendam dalam air panas
3)3 ulas bawang merah- dihiris kasar
4)3ulas bawang putih-dihiris kasar
5)1/2 gengam ikan bilis-cuci dan bersehkan
6)3 sudu besar sos tiram
7)1/2 sudu gula

Bahan 2&3&4 kisar kering hingga halus kemudian kisarkan bahan 5  sederhana halus saje

Cara-cara membuatnya

1)Panaskan  minyak ,tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak-kecilkan api masa menumis 
2)tumiskan sos tiram dalam 1/2 minit bersama , sedikit air dan gula.
3)Besarkan api kemudian  terus masukkan terung bulat yang dah digoreng tadi
4)Kaup balik seminit kemudian bolehlah diangkat.

Resepi kari none ado kengkawan semua dah terror  masak kari ayam ye dak




Sekadar luahan hati


sial !!! hari ni tak de mood aku nak buat keja  bila teringat muka  sorang pompuan tu arghh aku geram dia cuba nak  describe aku sebarangan  . Selama ni aku  tidak pernah berjumpa ngan dia ,aku   bercakap pasal kerja dengan dia  pun melalui telefon tapi yang peliknya dia  boleh  describe aku orangnya macam mana wak lu lah  bullshit you can go to hell.itulah bahana mendengar cakap perempuan yang bertaraf tukun tiruan.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina