Tuesday, November 20, 2012

ayam kicap MIL ; resepi simple , jimat masa dan tenaga

Bebelan aku hari tu kat sini  nampak sangat yang aku tak sabar bebenor nak merasa  masakan MIL tapi bila sampai  cuti  hari  Deepavali tu tak de plak aku nak gerak awal ke rumah MIL boleh plak aku lepak sampai ke petang kat rumah.  Aku kalau cuti memang suka lepak kat rumah berbanding keluar berjalan tanpa hala tuju .cuma kalau aku tergerak nak beli sesuatu baru  aku pergi terjah pasaraya.  Berbalik cerita pasal cuti Deepavali ; bayangkan lah  sebelum ke sini sempat lagi aku masak ayam kicap dan mengoreng sayur  untuk juadah  makan tengahari .Aku kasihan  dengan Firdaus  tak kan dia kena tahan lapar sampai ke petang sementara menunggu aku bawak dia makan malam  kat rumah MIL


Bahan-bahan untuk membuat ayam kicap MIL yang simple lagi jimat masa dan tenaga *macam bagus-baguskan statement jimat masa tu*

untuk separuh  ayam-potong sederhana  dan cuci berseh.

1)dua biji kentang-kupas kulit dan dipotong ikut suka
2)1 cm halia-dihiris bulat-bulat
3) 3-4 ulas bawang putih-dipecahkan dan dibuang kulit
4)dua sudu besar kicap pekat
5)1/2 sudu besar sos tiram
6)1 sudu besar sos cili
sesudu kecil lada hitam kisar


Cara-cara membuatnya ; aku masak ayam kicap MIL ni  mengunakan chefal.

1)Tumis bawang putih dan halia shingga naik bau dan kekuningan-gunakan api sederhana
2) Masukkan kentang diikuti ngan ayam -Biar agak kedua-duanya  agak masak dan  empuk-gunakan api sederhana dan mesti tutup penutup chefal
3)Masukkan kicap pekat diikuti sos tiram , sos cili -kacau hingga sampai ayam  bergaul dengan semua sos tadi kemudian tambah sedikit air biar seminit
4)Masukkan lada hitam kisar kacau sekejap .Seimbangkan rasa dan tutup api


Biarkan ayam sehingga garing sebegini-Abaikan  warna yang terlebih kuning -sila salahkan photoscape.
sila guna lada hitam yang dikisar sendiri ye.
Ayam kicap MIL-dah tentu menjadi feveret suami aku. Mestilah feveret dia dah resepi ni mak  dia yang punya .
 
Jangan lupa goreng sayur bak kata Firdaus "sayur adalah rakan baik saya" muntah hijau aku dengar statement dia. Aku tanya Firdaus  saper yang ajar dia cakap macam tu.Bila  dia kata cikgu dia yang cakap macam tu , tetiba je aku rasa nak sedut muntah hijau tadi : )

Sawi putih goreng bawang putih
tu dia rakan baik sayur sedang menikmati nasi dengan ayam kicap bersama sawi goreng



Jumpa lagi.............


Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina