Friday, November 23, 2012

Hotel the Royal Bintang ; Adakah tahun ini produk mandian Johnson sudi menaja pemenang?

Malam anugerah Bintang popular syarikat buah letup-letup sdn bhd 2012 bakal berlangsung tak lama lagi di Hotel Royal Bintang .Hanya tinggal dua minggu saje lagi.Bahang malam kemuncak anugerah bintang popular kian terasa tapi kak limah terus makan dan makan  tanpa pedulik orang sekeliling .

Kak limah ,maaflah pada malam kemuncak aku tak dapat beri sokongan padu pada kau , kau tahukan pada malam tu aku membantu suami menghandle perkahwinan adiknya  digereja $$$$$$  dan majlis makan malam perkahwinan mereka di Hotel royale  &&&& Kuala Lumpur.

Oleh kerana pada malam tu  aku tak dapat  memberi sokongan padu pada kau tapi janganlah  risau sebelum menjelang malam kemuncak InsyaAllah aku akan cuba  memberi   motivasi dan semangat untuk kau  kurus seperti Kim Kardshian .Penat tau mak google tip kurus untuk kau : ) ha ha ha ha kau rasa kau boleh kurangkan inchi dan berat badan dengan cepat ke , kalau  dalam masa dua minggu ni kau pulun  mengamalkan diet atkin?ha ha ha ha


ATKIN DIET
Atkin Diet ni adalah diet yang amalkan Protein saja, tanpa karbohidrat.. tapi tak bagus diamalkan berterusan, maksima 2 minggu je.. ni ada info tentang sedikit info Atkin Diet yg kita simpan.....

Bagi yang sedang menjalani program Atkin Diet, sila elakkan mengambil makanan berikut dalam masa 2 minggu pertama..

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)

 
 Aku harap tahun ni  produk shokubutsu mengambil alih penajaan : )

Penaja tahun lepas
 Juara bertahan dalam bulatan ; Adakah dia akan terus mengungguli bintang paling popular 2011 kita nantikan(gambar ku cilok dari blog kawan (biarlah rahsia)
Saya sangat gembira selepas menjadi  naib juara tahun 2011 dan tahun ni saya memasang azam untuk menewaskan tempat Fasha Sandha pemenang bintang paling popular berita harian 2010 ek elah.





Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina