Thursday, November 22, 2012

kalau tak Ali tomyam, Abu Tomyam tak pun Suria tomyam

 Malam tadi suami aku mengoffer diri nak belanja aku makan di kedai makan dekat kawasan  berdekatan dengan rumah aku.Bagai orang mengantuk disorongkan bantak  ye dak.Balik dari kerja terus ambik Firdaus dari  rumah pengasuh.Ingatkan suami aku nak balik kerumah dulu  tukar baju  rupanya dia  terus nak bawak aku dengan Firdaus pergi makan. Layan jelah yang kasihannya Firdaus tak sempat tukar baju  berlengan.ha ha ha .Anak aku busyuk masyam ni memang tak suka pakai baju atau t-shirt tak berlengan tapi kat rumah mama(pengasuh) dia kena gak pakai baju atau t-shirt  tak berlengan mamanya  tak nak bagi dia berpeluh sebabnya kulit dia ni cepat mengalami kegatalan bila berpeluh.Malam tadi dia redho je terpaksa   pergi makan dengan  memakai t-shirt  tak berlengan.

Apasal kedai makan orang kita kebanyakannya  ada terselit perkataan Tomyam di  belakang nama setiap kedai makan terutama kedai kelantan ?soalan ni soalan yang tak berapa penting nak  kena  jawab, saje aku nak buat gempak.

menu kami jarang berubah bila makan kedai melayu : )
tomyam
kailan ikan masin
nasi goreng cina dan ayam goreng-untuk Firdaus
minuman ; Lai chee kang/Teh O limau ais/Nescafe panas

Member bengang tak sempat tukar t-shirt lain  lagi ayah dia bawak pergi  makan.
 Semalam order dua mangkuk lai chee kang, bukan apa takut last minute budak ni tukar fikiran
 entah kenapa malam tadi  suami aku boleh order  telur dadar .Mak peninglah kalau ada orang yang  nak order telur dadar bila makan kat luar : )
 kailan ikan masin
 Dia ni macam biasalah mana boleh tinggal nasi goreng cina dengan ayam goreng

Tomyam seafood ; setiap kali order suami aku wajib sebut "tambah lauk  lebih ye  nanti saya bayar" entah kenapa orang kita ni kalau berniaga takut sangat nak buh lebih udang, ayam atau sotong, dorang takut kita tak bayar ke apa?Berniagalah cara profesional kita akan bayar apa yang kita makan, tak payahlah risau.



Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina