Monday, November 5, 2012

kuih love ; love is cinta

Dah hampir dua bulan aku beri keizinan  Firdaus  bawak duit belanja ke sekolah.Tapi keizinan yang diberi bersyarat  dia hanya dibenarkan membeli  roti , nasi lemak,bee hon goreng pendek kata makanan yang mengenyangkan no jajan jajan opss kantin sekolah  ada jual jajan ke?

Dua tiga hari lepas  masa aku  duk melepak depan komputer Firdaus bagitahu aku

Firdaus : mak , boleh tak masa rehat Firdaus  tak nak beli nasi lemak?

Aku : Habis tu Firdaus nak beli apa?

Firdaus : mak ,Firdaus beli kuih love.Sedap.Boleh tak esok Firdaus beli kuih love lagi?

Aku : apaaaaaaaa kuih love.Apa benda kuih tu?

Firdaus :kuih love tu warna oren.Firdaus nampak ada jual kat pasar malam.

Aku : nugget bentuk love, mak dah syak .


The moral of the story  ; Kasihankan anak aku baru  nak berjinak-jinak dengan dunia nugget.Aku sedar yang sememangnya  aku ni  jarang mengoreng nugget  kalau ada pun setahun dua kali  ,seingat akulah. Aku tak boleh dipersalahkan dalam hal ni, besar kemungkinan  ini disebabkan suatu  masa  dulu aku pernah terbabit dalam pembikinan nugget dan segala macam makanan yang berasaskan ayam  maka bila aku melihat nugget  secara spontan terpacul kata-kata "arghh nugget" tapi tempura  I say "yes" ceh wah speaking konon.

Sesekali bila aku  teringin nak makan nugget , aku beli gak nugget tapi  selalunya aku beli nugget jenama  Marina & Sri Murni kalau tak pun buat sendiri*bajet kedekut*.hurmm ,anak -anak aku ni payah  aku nak cakap, nugget  goreng  tak sampai 10  ketul  pun berzaman nak menghabiskannya. Sekarang ni aku perhatikan  yuyi dengan gula-gula sedang berjinak-jinak dengan dunia nugget tapi agak memelikkan di situ semenjak bila plak  Firdaus ter'addcit dengan kuih love@nuggat oren ni.

kuih love@Nugget oren yang sering kelihatan dijual di pasar malam

 Aku syak tempura yang aku buat sendiri ni tak cukup bentuk love.

 Firdaus belum pandai membezakan antara nugget dan tempura. Ada aku kesah janji tempura aku sedap yang bestnya tempura dibuat dari isi ayam tanpa lemak nak dibandingkan dengan nugget mak no komen.

Jumpa lagi .................macam nak beli nugget je petang ni : )





Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina