Friday, November 2, 2012

Malam Jumaat aku ; besa-besa je aku ngan red velvet cup cake ; suami aku drawing

Malam jumaat ; kelakar sangat ,  malam tadi suami tanya aku

suami :  awak, saya tanya sikit boleh?

Aku(sengalkan suami aku ni siap minta izin nak tanya sesuatu, dia  ingat aku customer service ke?) apa dia?
 
suami : kenapa kebanyakan orang melayu bila malam jumaat je suka nak sakat & perli kawan?Malam jumaat tu malam apa? 


Aku :ek elah awak tanya saya plak? awak bajet saya orang melayu saya tahu bendalah malam jumaat tu ke? dah tua tua ni pun saya  tak boleh  tangkap lagi pasal  malam jumaat tu? entahlah saya ni kalau nak melu*ah bukan kira malam apa?

Suami : awak ni kan, saya tak tahu, tu yang saya tanya?

Aku : Awak ,seriouslly saya  mula tahu pasal malam jumaat tu dari iklan kat tv. bangangkan aku  



dan perbualan terhenti setakat tu .........

Aku dengan terkocoh-kocoh buat red velvet cupcake dan suami aku plak sibuk menyiapkan drawing sampan*jgn bajet suami aku arkitek atau engineer ye* dia boleh melukis jadi  dia dipertanggungjawabkan oleh bos melukis.


Percayalah bila buat keja terkocoh-kocoh dan menderhaka  hasilnya hampehhh bertabah ye wahai hati.
 
Ni adunan Dodol atau  Adunan  red velvet cup cake  tak pun cekodok pisang??????

Red Velvet Cup Cake
Bahan-bahan ( 12 biji )
Resepi dicilok dari blog   Hasue  

 Bahan kering
* 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1 1/2 cawan gula icing
* 1 sudu kecil garam
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1/2 cawan serbuk koko ( guna yang good quality, kalau tak tak berasa nanti)

* Bahan basah
* 2 biji telur
* 1/2 cawan minyak ( minyak jagung/canola/sayuran)
* 1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu + 1 sudu besar cuka putih / lemon juice - macam buat tairu)
* 1 sudu kecil vanilla essence
* 1 sudu kecil cuka putih
* 1 sudu besar pewarna merah
* Cream cheese topping
* 125 gm cream cheese
* 1/2 cawan butter ( lebih sedap guna unsalted)
* 1/2 cawan gula icing
* 1 sudu besar perahan lemon

Cara-cara:

1. Panaskan oven 180 degree celcius
2. Ayak bahan kering
3. pukul semua bahan basah dengan mixer hingga kembang dan sebati
4. Masukkan bahan kering ke dalam adunan bahan basah - gaul hingga sebati ( boleh guna mixer, low speed)
5. Masukkan dalam acuan, bakar selama 18-20 minit
6. Untuk topping , pukul semua bahan sehingga sebati. Letak topping bila cupcakes yang dah masak tu sejuk



  
 Bakar macam biasa ye*ayat-ayat bengang*
  
 Bak kata orang putih "Don't Judge a book by its cover".Luar punyalah cantik tapi  isi dalam hampehh  sedikit keras.ha ha ha 
  
Megahkan?????? bersusun dalam kotak............

Cuba dan terus mencuba mencapai suria walau membakar jiwa , walau aku dihina namun aku tetap aku ;  sampai ke situ sekali , apa kena mengenanya Alleycats dalam ini cerita .ha ha ha


Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina