Monday, November 19, 2012

masakan simple dan sedap ; suami lalu kat belakang pun tak perasan

Percaya tak selalunya masakan  simple yang resepinya ringkas dan  main campak-campak tulah yang sedap dan membuat kita bertambah nasi bila makan. Bagi ibu yang bekerja macam aku ni  , dalam kepala otaknya  dah  memang tersenarai beberapa menu yang simple lagi mudah disediakan contoh ;- 

1)sardin goreng/sambal/kicap
2)sambal telur
3)telur kicap
4)ikan/ayam bakar -cis simple ke ikan bakar tu?pada aku simple , sambil bakar ikan/ayam  aku boleh buat sos/kicah pencicah,mengoreng sayur dna memasak nasi

itu saje yang tersenarai dalam kepala otak aku buat masa ni
 





Salah satu jenis masakan yang simple yang baru je dua tiga hari lepas aku masak ; ikan selar goreng , sup bayam dengan telur/ ikan bilis dan  sambal cili api bersama ikan bilis dan mangga masak, perghh yang ni sedap dimakan bersama nasi panas.hurmm memang boleh bertambah-tambah makan nasi lagilah kalau makan ramai-ramai. Cara masaknya pun mudah, bahan-bahannya sangat simple dan senang disediakan.

Bahan-bahannya

1)segengam ikan bilis atau dua genggam- cuci berseh dan tuskan
2)1/2 labu hirisan bawang holand
3)5 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih - kisar kering
4)5 tangkai cili api hijau campur  5 tangkai cili api merah-kisar kering bersama belacan  sebesar ibu jari   yang dah dibakar/goreng
5)*3 hiris  mangga (sederhana besar dan  masak)
6)sebesar ibu jari asam jawa dibancuh dengan 100ml air
7)sesudu besar gula, sedikit garam dan secubit kecil serbuk perasa

Cara -cara membuatnya

1)tumis bawang  yang telah dikisar   sampai naik bau-guna api sederhana
2)tumis cili api sampai pecah minyak
3)masukkan ikan bilis,tumis hingga  sedikit garing-guna api  sederhana
4)masukkan mangga dan hirisan bawang holand-kacau dan kaup balik
5)masukkan  perahan air asam jawa-biar agak mendidih -guna api sederhana
6)Masukkan gula, garam dan secubit kecil serbuk perasa ; seimbangkan rasa manis, masin  dan masam.(biar sambal agak sedikit garing, wangi dan pecah minyak kemudian barulah diangkat)


*kalau suka boleh ganti  hirisan mangga kepada tempoyak atau  belimbing buluh

 Sup bayam dengan telur dan ikan bilis
Ikan selar goreng

Abaikan straw minuman tu suami aku ni pengumpul straw minuman  tegar  : )
 kenapa ni ?tersadai kekenyangan ke ? Firdaus ni memang suka kalau dapat  makan nasi dengan  sup bayam dan ikan goreng


Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina