Thursday, November 22, 2012

Pengasuh; nursery; daycare;taska ; tepuk dada tanya selera

So far aku belum pernah lagi meninggalkan  anak-anak aku  di bawah jagaan nursery@daycare@taska. Sewaktu aku keluar bekerja keempat-empat anak-anak aku ni dari yang besar sampai yang kecik aku tinggalkan dibawah jagaan pengasuh. Kebiasaannya hari  bekerja aku  bangun awal sikit ,lepas  dah siap segala tugasan penting seperti menyediakan breakfast, mengemas rumah apa yang patut baru aku kejutkan anak-anak .Selalunya sebelum hantar dorang  ke rumah pengasuh aku mandikan berseh-bersehkan dan wangi-wangikan dorang  dulu. Anak-anak aku ni suka tarik muka 14 kalau aku tak mandikan sebelum pegi ke rumah pengasuh.

Well , nak buat macam mana biasalah pagi-pagi kelam kabut  semua benda kena  uruskan sendiri .Oleh kerana nak mengurangkan kekalutan dan ketegangan dipagi hari  semua barang  kelengkapan  untuk anak-anak macam sabun,pampers,  bedak dan  pakaian aku tinggalkan terus kat rumah pengasuh  jadi setiap pagi  aku tak perlulah bersusah payah  nak  menyediakan barang -barang tu semua , aku tinggal bawak bekalan makanan untuk  mereka je .

Aku ni tak delah cerewet sangat  dalam memilih pengasuh anak-anak aku. Maaflah sekiranya apa yang aku nak cakap ni akan  menyinggung perasaan ibu bapa kat luar sana. Selalunya kalau  aku perhatikan  kebanyakan ibubapa yang cerewet tulah yang tak berapa semenggah.Mata aku sendiri menyaksikan yang mereka menyerahkan bulat-bulat anak mereka ke rumah pengasuh .You know what I mean bulat-bulat tu tanpa bawak kelengkapan yang cukup. Lepas tu cerewet tak tentu pasal. Pesanan ikhlas  kepada ibubapa yang mengupah pengasuh ;  kita bukannya tak boleh bersikap  cerewet terhadap pengasuh  cuma kalau kita nak bersikap cerewet pun kita kena pastikan dulu  yang kita dah menyediakan kelengkapan yang secukupnya untuk  anak-anak kita (kelengkapan apa sendiri fikirlah ye)sebelum menghantar mereka ke rumah pengasuh .Masa tu kau nak100% cerewet pun aku tak kisah.Do I care. Sesekali  mendengar  rungutan dari  pengasuh anak -anak ni,. aku turut simpati.

Pengalaman aku bersama pengasuh anak-anak aku dan kriteria menjadi pengasuh anak aku *kau bajet artis ke apa ni?*

Yuyi dan gula-gula hacks dah bertukar pengasuh 3 kali .Pengasuh yang sebelum sebelumnya aku malaslah nak cerita  ; Masa mereka baby hingga ke umur mereka 6 tahun dia dijaga oleh pengasuh @ jiran aku ;

Aku pilih pengasuh tu

1)rumah dia berseh kemas dan teratur *rumah aku tak masuk buku ye*
2)kalau tak silap aku anak dia dua orang je
3)muka penyayang dan pendiam
4)tak sibuk hal orang lain , paling penting tak sibuk nak tanya hal aku

Lepas pengasuh ni berpindah ke kampung halaman(Pulau Indah je pun)anak-anak aku terpaksa dijaga oleh orang lain

yuyi dan gula -gula hack dijaga oleh jiran @ mak kepada kawan baik yuyi. Aku tak dapat nak bercerita banyak tentang pengasuh ni sebab dia jaga anak-anak aku selama setahun je. 

Masa yuyi dan gula memasuki sekolah rendah adik kepada pengasuh yang pertama menawarkan diri menjaga yuyi dan gula -gula hack, masa ni bermulalah  episod drama bawang putih dan bawang merah maksud aku suami pengasuh sebagai bawang merah dan pengasuh bawang putih . Bila suami pengasuh ada dirumah yuyi dan gula hack boleh bebas di dalam rumah tapi bila suami dia keluar bekerja siaplah dorang dikurung pengasuhnya di dalam bilik  .

Argh malas aku nak cerita  lebih-lebih kalau berminat baca sambungan kisah pengasuh tu kat sini  

Fakta yang perlu anda tahu*bajet  anak retis*

1)Yuyi bagitahu aku yang Amirul (anak kepada pengasuh yang telah mendera yuyi beberapa tahun dulu tu teringin sangat  nak add  yuyi jadi kawan kat facebook.Kalau tak silap aku yuyi dah add dia jadi kawan.
2)yuyi dah maafkan perbuatan Amirul (menghentam kepala yuyi dengan pembaris jahit mak dia)
3)Mereka sebaya sekarang ni keduanya dah berumur 22tahun ; bukan  bermakna yuyi add Amirul jadi kawan kat facebook , yuyi berkenan kat dia.pleaselahhhhhhh


Firdaus dijaga oleh sorang pengasuh je

Aku pilih pengasuh ni


1))rumah dia berseh kemas dan teratur
2) anak dia sorang je
3)tak sibuk hal orang, dia sibuk hal adik beradik dan saudara mara dia je

Pagi ni Firdaus bawak 

1)2 ekor ikan cencaru bakar-oleh kerana malam tadi suami ajak makan kat luar maka tak berusiklah ikan bakar yang aku cadang  nak buat juadah makan malam.
2)3 biji telur masak sos 

Aku tak kisah kalau Firdaus berkongsi bekal makanan  dia dengan kawan -kawan lain yang ada situ..tapi yang peliknya ada mak budak yang anak dia sukalah makan makanan yang Firdaus bawak tapi setiap kali pengasuh bagitau dengan  mak budak tu yang anak dia suka makan nasi setiap kali tulah mak dia menafikan siap bagitau anaknya kat rumah tak berapa nak makan nasi.ulang 3 -4 kali statement yang sama.Kalau malas sangat nak  masak pun  , tak salah rasanya kalau kita belikan sebungkus nasi lemak untuk anak kita bawak ke rumah pengasuh ye dak.
bekal makanan firdaus pagi ni

nasi sebungkus

Sekadar luahan hati 

Bila  ingat balik rasa kelakar pun ada , aku baru  perasan  yang yuyi dan gula-gula hack dari kecik  hingga keumur belasan tahun dijaga oleh pengasuh.


Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina