Monday, November 19, 2012

Walimatul urus ; duit sumbangan & hadiah

Bercakap mengenai sumbangan dalam majlis kahwin&walimatul urus ; Suami aku memang dah biasa bagi RM50 tak kira bangsa mana sekalipun yang kahwin.Itu suami aku , kalau aku plak , aku bagi sekadar yang termampu tapi kalau ada rezeki lebih aku bagi lebih.Ada masalah ke? Aku tak de masalah pun dengan  orang yang  syer  ramai-ramai  beli hadiah . Apakah diri  aku ni  menimbulkan masalah pada orang lain  sekiranya  aku tak syer dengan sesiapa atau syer berdua  beli hadiah. Seriously lawak bila aku dengar statement  "rugi syer berdua , syer ramai-ramai jimat" macam tulah lebih kurang bunyinya  .Hairan bin ajaib .Perkara baik seperti "bersedekah" ni  ada untung rugi plak ye. Serik mak lenkali mak sendiri masuk dalam envelope, mak sendiri bagi kat tangan tuan rumah. Mak pening bila ada orang  teringin nak tahu hadiah yang mak nak bagi pada member mak kalau teringin je nak tahu tak pe tapi  siap perli yang mak tak suka. Perlukah kita nak bagitahu  semua orang apa yang telah kita sumbangkan? 


Tapi pada aku ,kita  jangan fikirkan  apa yang telah kita sumbangkan, fikirkan apa yang telah orang  lain  sumbangkan dan kita tak mampu berbuat yang sama.








Yang benar


Hamba Allah yang kerdil dan lemah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina