Friday, June 29, 2012

maggi diperlukan untuk melengkapi hari-hari kita

Kalau disuruh pilih antara hidangan udang dan hidangan sotong aku akan pilih sotong. Aku teruja sangat ngan sotong terutama sambal sotong. Aku jarang masak seafoofd di rumah kalau ada pun sotong dan udang je , itu pun dalam sebulan cuma dua atau tiga kali je. Suami aku ni tak berapa bagi aku beli seafood di pasar atau pasaraya terutama ketam dia bukan apa dia takut aku terbeli seafood yang tak segar .Kalau nak sangat makan ketam selalunya kitaorang makan kat restoran seafood kat sini dan sini tak pun tunggu suami beli ketam dengan salah seorang kawan dia kat pengkalan kemudian ketam tu dimasak black pepper.sedap yummy...

Berbalik pada cite maggi , aku memang jarang guna bahan penumis dan sebarang jenis stok /paste yang ready made. Kalau ada pun aku cuma guna paste tomyam dan kiub pati ayam atau ikan bilis. Dengan kiub pati ayam maggi ia memudahkan aku menyediakan nasi goreng cina untuk Firdaus ,  tak perlu tambah serbuk perasa mahupun garam ke dalam nasi goreng cina .Mudahkan dengan Kiub pati ayam maggi.*ayat masyuk*

Jom guna kiub pati ayam maggi

1 kiub pati ayam maggi-dipecah-pecahkan
Udang basah lebih kurang 12 ekor-dikupas kulit dan basuh berseh
Lebih kurang 8-9 ulas bawang putih dicincang
1)suku Kobis cina dihiris halus
2)2 biji telur
3)2 tangkai daun bawang-dihiris sederhana panjang
cara-cara membuatnya
1)Tumiskan bawang putih cincang hingga layu dan naik bau ketepikan ditepi kuali(campurkan minyak tumisan ngan sedikit minyak bijan)guna api sederhana
2)Tumiskan sekejap 1 kiub pati ayam maggi(pecahkan kiub tu guna sudip ye).
3)masukkan udang , kacau hingga separuh masak ketepikan ditepi kuali
4) masukkan kobis cina, kacau sekejap ketepikan ditepi kuali
5)pecahkan dua biji telur , kacau hingga garing sepenuhnya
6)Masukkan nasi sejuk,buhkan sedikit kicap cair kacau hingga semuanya bergaul, guna api kuat semasa mengacau nasi goreng, akhir sekali bubuhkan sedikit serbuk lada sulah disertai dengan 2-3 titis minyak bijan.Sebelum angkat buh kan hirisan daun bawang Kacau, angkat dan sedia dihidang.




Kanak-kanak yang hampir 3 tahun  berkecimpung  dalam dunia model  iklan makanan


Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa kepada anda oleh blog cik ina do do cheng





Sekadar luahan hati

Saper makan cili tak kan dia rasa manis kot.kelakar

iklan-iklan politik semasa pilihanraya memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kanak-kanak.......dengan itu diharap

Jangan salah paham tajuk panjang lebar tak semesti ceritanya panjang lebar gak.Umpama kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan hendak diduga.Kalau kau nak diduga sangat nanti ditakuti batang kail  tu tersangkut di badan kau, kau nak ke ?la la la la  

Hobi Firdaus masa lapang  adalah  berimiginasi dengan barang mainan dia . Beberapa hari lepas  masa dia tengah asyik berimiginasi  seorang diri  dengan barang mainan dia  aku pun sibuk mencelah aku tanya  dia 

aku : Firdaus sayang ibu tak? 

Firdaus : sayang

Aku : sayang akak tak?

Firdaus : Firdaus sayang ibu, sayang ayah, sayang abang, sayang akak, SAYANG MALAYSIA


WOW ! "SAYANG MALAYSIA"  statement yang buat aku hampir -hampir  pitam .Beruntunglah bang Najib ngan kak ros dapat rakyat Malaysia yang cintakan negara tanah tumpah darahku.Aku syak ni gara-gara terlampau kerap tengok iklan  kat TV.la la la 

Kalaulah suami aku tahu yang aku menanyakan  soalan-soalan sayang menyayang kat Firdaus mesti dia hangin. Dia memang bengang kalau aku tanya soalan yang  tak mendatangkan hasil cam tu. Aku perhatikan   setiap kali aku tanya soalan cam tu kat Firdaus nanti dia mesti cakap "awak ni dah tak de soalan lain ke nak tanya kat budak tu?






"Mak ! hulur tangan mak, ni salam 1 Malaysia." Baru aku tahu cam nilah gayanya "SALAM I MALAYSIA"

Macam nilah rupanya kanak-kanak bila  makan nasi sambil menonton  kartun kat  TV

  


Sekadar luahan hati

Kasihan sangat bila orang  yang sepatutnya kau  kasihan tak kau  tak kasihan , kau boleh plak kasihan dengan orang yang tidak sepatutnya dikasihan. Hari ni kita belajar mengunakan ayat 'KASIHAN" ye murid-murid kalau tak tak berapa nak paham angkat tangan ye.

Thursday, June 28, 2012

balak pasar malam

Ye ke pasar malam dan kita tak dapat dipisahkan, kalau ye sila angkat tangan. Entah kenapa asal hari rabu ngan khamis je kepala hotak  aku dah berkira-kira nak pergi pasar malam. Lihatlah betapa hebatnya penangan pasar malam dalam kehidupan kita. Cerita pasal pasar malam mengingatkan aku,  ketika aku  belasan tahun aku kerap  menemankan kawan beli  sayur sambil mata liar memerhati  balak balak  kat pasar malam.Bukan aku ye kawan aku. Masa umur aku belasan tahun aku  masih terbodoh tak pandai melaram sampailah habis sekolah.Bila dah habis sekolah menengah barulah aku nak start belajar melaram. Belum tamat  belajar melaram aku terus lompat kelas belajar mengurat tak sempat mengurat panjang  aku terus kahwin. la la la kalau nak cita panjang  lebar  sampai esok pun tak sudah.

Hasil rembatan kat pasar malam kejap  tadi

satu kerugian yang tak berapa besar bila  aku pergi pasar malam tak beli otak-otak.
Jagung rebus wajib beli
Tak ade apa yang lebih mengujakan aku selain dari mee goreng, kueh teow goreng  , bihun goreng dan makanan yang seumpama dengannya.



Okeylah ye cukup sampai sini je *mataakupundahngantuk*


Sekadar luahan hati

Bila kita rasa diri kita kaya barulah kita ada keinginan  nak membantu orang kaya. pelik

Breakfast sedap tak berminyak dan tak dipenuhi ngan benda-benda yang menyakitkan mata dan menyerabutkan tekak

Pagi ni aku breakfast kat kedai nama dan tempat dirahsiakan demi menjaga perasaan aku dan kawanku.la la la Jujur aku katakan yang aku tertarik dan suka sangat ngan mee/bihun kari atau sup chinese style. Bila aku petik kata-kata sebegini jangan plak korang ingat "mentang -mentanglah MIL aku cina sebab tulah aku suka mee /bihun yang chine style" waima suami aku India + China dia seorang yang  fleksibel bila aku rasa nak bercakap sesuatu yang tak kena mengenai  bangsa India atau cina dia okey je,  dia pendengar yang setia cuma bila aku mengumpat orang je dia tak kuasa nak dengar silap-silap aku kena marah. Dia tak macam sesetengah orang pantang disebut pasal bangsa terus nak melenting tak tentu pasal .Kadang-kadang tu aku naik pelik bila aku mengata sesuatu yang bersangkut paut tentang bangsa suami ada orang  lain yang tak de  kena mengena ngan hidup aku dan suami  plak yang terlebih tension.la la la la Kalau nak marah atau menegur tu biarlah cara profesional kenapa nak berkira -kira tentang bangsa ye dak.

Jom cite pasal breakfast aku pagi tadi.

Kawan ku dengan mee kari dan teh herba. Mee kari chinese style selalunya dimakan bersama sedikit sambal .
Peberet aku bihun sup , minuman plak teh herba penyejuk badan.

  Apa yang penting bihun chinese style tak berminyak.
Bihun sup chinese style selalunya simple , orang cina ni lebih mementingkan rasa sup .Di  rumah  kerap gak aku buat bihun sup chinese style ajaran dari MIL ni , tak lama dulu aku  pernah tepek resepinya kat sini.


Cerita masak-masak yang diakhiri dengan cerita yang bikin panas

 Hari ni aku bizi tak lama lagi  juruaudit dalaman akan mengaudit apa yang patutnya makanya aku terpaksalah  menyiapkan kerja  apa yang patut sebelum mereka -mereka itu memunculkan diri.Oleh kerana  semalam aku  bizi  sangat hinggakan aku tak dapat menepek  gambar masakan yang aku masak  dua hari lepas yes aku memang rasa tak puas hati aku nak tepek gak hari ni.

Menu hari selasa ikan kembung goreng masak kicap , feveret Firdaus haruslah aku masak lebih dari sekali dalam seminggu.
ikan kembung goreng kicap bersama ngan kacang panjang goreng.
Menu hari rabu , Layan ikan kembung masin  bersama kari ayam
 Makan nasi ngan kari ayam ada plak ikan masin masyuk
 kari  ayam tanpa santan ni didalamnya  ada kentang, tomato ngan carrot  

Dibawah ada cerita  bikin panas mana tak panas disebalik makanan ada telinga Firdaus bawak bertendang ye

suami aku  menitiskan sedikit minyak kelapa ke dalam telinga Firdaus untuk mengelakkan telinga dia  berdengung, panas dan ayat sewaktu dengannya.Abaikan suami aku yang penuh ngan keteradisionalan  ni . *jangan ikut Bahasa Malaysia aku* Suami aku nampak je brutal tapi masih mengamalkan  petua -petua yang diperturunkan oleh nenek moyang dia. Banyak petua-petua yang dia amalkan kalau aku nak senaraikan satu persatu alamatnya  sampai esoklah aku kena duk kat depan komputer ni. 
Jangan tiru aksi ni sekiranya anda tidak mempercayai petua tradisional.  Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian atau sebarang bentuk  kerosakan pancaindera anda sekiranya ada berlaku kerosakan harta benda atau  pancaindera anda selepas anda  mengikuti petua ni. la la la la


Sekadar luahan hati

Aku sedikit marah  sekiranya pompuan  tu nak menyibuk  mengenai cuti ngan MC aku yang tiada kena mengena secara langsung mahupun tidak langsung dengan kehidupan peribadi dia. Boleh ke aku bagitahu kau yang aku cuti sebab ada projek baik ngan suami aku.

Wednesday, June 27, 2012

Aku

Apakah aku ketinggalan zaman atau zaman laju meninggalkan aku sehingga aku tidak menyedari selama ini van sekolah dah bertukar kepada bas sekolah.sungguh aku terharu hingga merasakan diri ini sudah tiada berguna.la la la la

kisah anak aku dengan ayam KFC

Abaikan tajuk aku yang ala ala skema tu. Selepas kicap , Ayam KFC adalah salah satu makanan yang menjadi kegilaan ramai . Mengikut kajian aku yang  tak pernah menduduki mana-mana unibersiti di luar negara dan dalam negara  hampir 99.9% rakyat Malaysia sukakan ayam KFC tidak termasuk aku ye. Aku  bukan tak makan ayam KFC,makan tapi   Entah kenapa? setiap kali mengunyah ayam KFC ,otomatik  otak aku  tercongak-congak  harga  sekilo ayam kat pasar ngan 3 ketul ayam KFC.Ada sedikit bangkai disitu.la la la Walaupun aku suka mencongak-congak harga 3 ketul ayam KFC  itu tak bermaksud yang  aku abaikan permintaan anak-anak aku nak makan ayam  KFC.

Mulanya Firdaus nak makan nasi goreng cina bila lalu je depan KFC otomatik terus tukar menu kepada ayam KFC. Masa tu aku selamat yuyi yang jadi mangsa kena belanja dia makan ayam KFC.

Masa ni mood lapar 
Merenung masa depan .Entah kenapa aku terasa kerugian sangat bila aku  terlalu memikirkan masa depan yang belum pasti.Ada orang tu terlalu memikirkan masa depan sehingga dia terlupa kehidupan dia  hari ni.kesiankan. InsyaAllah kalau boleh aku nak pastikan hari ini adalah milik aku .
Yuyi order untuk Firdaus je , aku dan yuyi kureng  sikit ngan ayam KFC ni
Sila meleleh air liur melihat cheese dibibir Firdaus

Makan sos cili lebih banyak dari makan ayam
Kitaorang bertiga duk ralit tengok Firdaus makan . Muka lapar & muka kenyang  Firdaus macam sama je.

Sekadar luahan hati

Baru aku tahu selama ni kenapa tak de orang yang nak berkawan dengan kau? kelakarlah dia ni sibuk jaga hal orang lain hal sendiri tak terurus.

Tuesday, June 26, 2012

kicap kicap kicap kicap tak benda lain ke selain dari kicap

 Entah kenapa kicap begitu sinonim  dengan kanak-kanak? Bukan setakat kanak-kanak, Kadang tu  orang dewasa  pun nak makan  berulam kicap contoh terdekat anak aku siyuyi.Satu hari tu bila yuyi tanya "mak ada kicap tak?" aku tipulah  dia yang  kicap dah habis cian dia terus  downpayment . Bila aku tengok muka dia downpayment aku terus cakap kat dia "mak tipu saje bagi ko geram."  Otomatik muka dia kembali  kepada rupa asal. Peristiwa  itu menunjukkan betapa pentingnya  kicap  dalam kehidupan seharian  anak-anak aku especially "KICAP KIPAS UDANG LEMAK MANIS.la la la Betapa banyak wang yang dah dilaburkan kepada  kicap  udang lemak manis .Aku pun tak tahu apa yang special sangat dengan kicap kipas udang ni sehingga ia digemari oleh kebanyakkan rakyat Malaysia . Dengan tersiarnya   cerita ini aku harap ada wakil dari   pihak   Zara Foodstuff  menghubungi aku untuk   melantik blog ni sebagai blog resmi  produk mereka.*baca boleh percaya jangan*


Saper pandai masak kicap angkat tangan? wow!!! ramainya yang angkat tangan. ini menunjukkan ramai yang suka masak kicap. Kalau ramai yang pandai  masak kicap masih adakah yang sudi mengambil pen dan kertas untuk menyalin resepi ikan kembung masak kicap aku ni ye. Perlukah aku  kisah semua tu? tidak perlu sebenarnya. Untuk  pengetahuan kengkawan dalam kita berblog adalah menjadi satu kesilapan besar bila kita cuba memikirkan soal  remeh temeh , berbanding soal  besar  terutama soal masa depan anak-anak  kita . *undilah saya pada pilihanraya akan datang*


marilah mari kita masak kicap
Bahan-bahan

1)sebiji bawang besar-dihiris nipis
2)4 ulas bawang putih -dihiris nipis
3)1 cm halia -dihiris
4)2 batang kayu manis  & dua kuntum bunga lawang
5)1 sudu kecil serbuk lada hitam-kalau boleh lada hitam tu kisarlah sendiri
6)5 biji cili api & 2 biji cili besar merah -dibelah dua

Sedikit  sos cili + kicap kipas udang lemak manis- ikut citarasa masing-masing


ikan kembung goreng tunggang terbalik
 
Ada sedikit sopak disitu saper nak taja kuali angkat tangan
cara-cara membuatnya

Tumis bahan hirisan , kayu manis dan bunga lawang  sampai layu & naik  bau. Bila semua bahan tumisan dah naik bau masukkan sos cili, kacau sekejap kemudian masukkan kicap kipas udang lemak manis , masukkan sedikit air biar  kuah  kicap agak mendidih . tutup api bolehlah tuangkan kuah kicap diatas ikan kembung goreng tadi
 
ikan kembung goreng  masak kicap
lauk sampingan kobis goreng

Jangan boring ye ngan lakonan stereotype ni




Sekadar luahan hati

kenapalah mood lipat baju tak kunjung tiba: (





Monday, June 25, 2012

kaki Octopus

 Alhamdulillah, kenyang selepas ni aku kena tetapi janji-janjiku InsyaAlah aku akan rancang perjalanan hidup aku tapi dalam masa yang sama aku percaya yang aku hanya mampu merancang ,Allah SWT jua yang menentukannya segala-galanya  .
Kali pertama  aku makan tako octopus ni yuyi belikan untuk aku 2 tahun lepas.Kali kedua aku makan baru  kejap tadi. Aku yang makan kenapa dua orang kawan aku ni merasa seolah-olah kaki  octopus menjalar-jalar  diseluruh badan dorang  terutama pompuan pregnant ni.


Sekadar luahan hati

Sekurang-kurangnya masih ada seorang yang boleh berfungsi  dengan baik  di sini.

penyakit paling merbahaya yang semua orang tahu

Salam kengkawan ku semua....

Penyakit apa lagi yang merbahaya  kalau bukan  penyakit "MALAS". Minggu ni minggu malas aku, malas nak update, malas nak lipat baju waima segala-segalanya malas., sampaikan nak buka email pun malas. Baru malam tadi makcik sempat  bukak email, penuhnya  email dalam inbox .Terima kasihlah pada yang sudi hantar email kat makcik  antara pengirim email yang sempat makcik cari link blog dia  Lydia, Lynn, Irfa, Saffiya Aleesya, makcik  sayang korang ketat-ketat , sayang macam anak  makcik sendiri. opss lupa nak bagitau bila dah malas mengusai diri nanti korang akan jumpa seorang perempuan memakai tudung coklat , berbaju merah dan  berseluar hijau.la la la

Ni baru mukadimah nanti mak update lagi ye anak-anakku sekalian.Makcik  tak delah cerita yang menarik  nak bagi tau korang makcik  bukan retis popular tapi makcik  nak gak  cerita pasal pasar malam dan hasil tangkapan yang  suami makcik  bawak  balik malam tadi. anak-anak tak kisahkan.la la la

saper yang rindu ngan makcik sila  angkat tangan  .......... saya windu makcik.... ...

Pasar malam Jumaat kat area kawasan rumah makcik
Bahawa saya Mohammad Firdaus berjnji akan.......-dah macam nak menyanyi lagu Negaraku plak  aku nengok siFirdaus ni.
 Firdaus dan akak yuyi yang dah macam asoh jual sayur
 Satay yang paling sedap yang pernah aku rasa tapi tak bolehlah  lawan lagi satay yang aku buat sendiri.*matik pujik diri sendiri*
Juadah tunjuk-tunjuk secara  rawak

Hasil tangkapan yang suami makcik  bawak  balik  malam tadi

Abaikan Muka yang tak de perasaan tu

control  ketakutan
Sekadar luahan hati

Sekian dulu perkembangan Neelofa buat masa ni nanti neelofa update lagi ye cite terkini. Jangan lupa sayang neelofa ketat-ketat.

Mimpi malam tadi buat aku rasa bahgia je, cer teka aku  mimpi apa malam tadi? tak payah tekalah meh aku bagitau, aku mimpi tengking bos aku, tak dapat tengking dialam realiti kat dalam mimpi pun  jadilah  ye dak. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina