Sunday, September 30, 2012

sepanjang minggu ni ; kesesakan lalu lintas di Pelabuhan Barat ; kurang bizi duk goyang kaki

Alang-alang mata aku ni  tak boleh lelap apa kata  kita lanjur-lanjurkan dengan mengupdate blog . haishh meremang bulu roma aku dengar perkataan "lanjur-lanjurkan" tetiba je otak aku menerawang pada  keting dalam filem "Jalan kembali Bohsia" 

Geram arghh entah apa kenanya dengan  Jalan kat Pelabuhan Barat atau Westport ni  semedang sesak gila babi  sepanjang minggu ni . Pada kebiasaannya bila  jalan normal perjalanan dari  westport  ke rumah aku hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit  tapi bila jalan ni  menjadi  biul, bongok atau sesak  ia akan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke rumah aku  sila jangan salahkan jalan, salahkan orang yang bertanggungjawab yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan  segera pantas cekap atau apa sahaje perkataan yang seumpama dengannya" aku kata dalam hati . aku tengah marah niii sila takut.

Apa kejadahnya bila lori ngan container terbalik atau bila  berlakunya  kemalangan kecil atau besar  lebih kurang pukul l petang atau 3 petang kat Westport ni   kau baru terhegeh -hegeh nak clear/setel atau perkataan yang seumpama dengannya  pada waktu matahari hampir menenggelamkan diri atau dengan lebih tepat lagi ketika semua  orang tengah sibuk berpusu-pusu pulang ke rumah apakah  kau ingat semua orang berpusu-pusu nak ke shopping komplek ke atau kau ingat kitaorang ni semua tengah syok main  batu seremban atau galah panjang  kat westport ni????????Entah kenapa setiap kali aku nampak kau didalam kereta bangang kau tu nak menuju ke tempat kemalangan setiap kali tulah darah aku mendidih masa tu mulalah habit buruk aku  mencabut dan meletupkan rambut tu datang.

Bangang hari tu gara-gara  jalan gila babi punya sesak  (seriously babi pun tak gila macam tu) hampir 10 helai rambut aku tercabut. haishh susahlah aku  nak  mengawal kemarahan bila membabitkan hal kesesakkan lalu lintas ni. Kesesakan lalu lintas merupakan satu masalah yang belum dapat diatasi  di Westport ni jadi pada pandangan aku  kerajaan haruslah sensitif terhadap isu-isu kesesakkan  dan menyediakan lebih banyak pengangkutan awam  untuk ke Westport contohnya komuter dan bas.*sila undi saya dipilihanraya akan datang" Bukannya tak de bas untuk ke westport , ada tu ada  tapi masalahnya sekarang  bas tu kena naik dari stesen bas kelang tak kan ye aku nak ke kelang kot. Bas ni akan meronder ke kampung -kampung yang terdapat di dalam mukim Pulau Indah sebelum ke tempat keja aku ni memang sangat-sangat mengjengkelkan hati aku, lembu, kambing dan segala haiwan-haiwan yang comel dan cute. Kamonlah sementelaah stesen komuter kat westport ni dah ujud bila lagi nak campak  dua tiga komuter kat sini  , mana tau boleh kurangkan kesesakkan lalu lintas yang dah tahap hardcore kat sini ye dak.

Hakikatnya  aku tak suka membebel tentang benda -benda dah basi  yang telah pun orang ketahui sebelum ni tapi selagi aku tak muntahkan bebelan yang memang telah sedia basi ni selagi tulah aku rasa angin   atau dalam  istilah perubatan doktor ia dikenali  gas akan bergerak-gerak dalam perut aku ni.

Berbalik bab tak masak ; Bila aku tak masak Pasar malam atau Restoran KFC atau mee segera menjadi sasaran utama aku.

set nasi green curry 
Selalunya aku beli  2 set nasi  untuk Firdaus dan suami aku je , diri aku tolak tepi aku memang tak makan nasi pada waktu malam.Tiba-tiba aku terdengar beberapa suara sayup-sayup."dietlah tu" excuse me  aku tak diet cuma kalau  aku makan nasi  pada waktu malam nanti keesokan paginya aku susah nak bangun,  badan plak  terasa lemah semacam
cheesy wages wajib ada
kalau  aku tak beli set nasi aku beli ayam KFC yang 5 ketul  bahagian ? dah semestinya drumstik ngan thigh
Nasi ayam KFC*nampak sangat pembaziran berleluasa di sini*
sup nasi ayam
Dia ni macam biasalah kalau ngan ayam KFC senyum sampai menutup mata
Nasi ayam KFC boleh tahan gak sedap
Kalau pegi pasar malam aku beli nasi ?? ngan ayam berempah .Jangan tanya aku  samada nasi tu sedap atau tak, seriously aku memang tak de jawapan untuk itu 
Aku tak tahu kenapa setiap kali aku ke pasar malam , suami aku akan menyuruh aku membeli  2 keping ayam uncle bob versi pedas dan tak pedas? Adakah uncle bob mempunyai anak dara  yang cukup ayu dan jelita?Adakah suami aku memiliki  50% saham di dalam syarikat ayam uncle bob?
pilihan yang terakhir dan terdesak ; nasi lemak biasa dan RM3 sambal ikan bilis petai.



cukup cukuplah sudah kemerapuan aku hari ni.............dalam otak aku ada sambal ikan bilis, nasi kosong dan telur mata kerbau.....okey aku nak bergerak dan bertindak sekarang mengikut arahan otak.

Friday, September 28, 2012

butter kek air tangan pelajar top student UPM

Untuk pengetahuan anak-anak makcik kat luar sana ; kebanyakan Technical Service  di Syarikat Buah Letup-Letup Sdn Bhd  tempat aku  bekerja ni adalah pemegang  degree in Food Technology /Food Science/Chemistry dan dorang tu semua top  student dari  Universiti Putra Malaysia .

Sebagai makcik sapu sampah  yang dah  lama bekerja di syarikat ni, makcik tidak pernah rasa terpinggir dengan kehadiran top student ni semua malah makcik tumpang  bangga ngan kejayaan dorang  . Makcik tidak pernah rasa dianak tirikan???? makcik sentiasa diberi layanan yang baik buktinya  top student bagi makcik kek butter yang baru keluar dari oven.Tak delah banyak sangat kek tu tapi boleh makcik kongsi ngan  sorang kawan.
Ratu kebaya makcik tumpang kerusi meja kau ye buat  luruskan pinggang yang lenguh ni.
 petang tadi  sebelum balik makcik dapat butter kek dari top student , sedap makcik 
suka: )
Dasar makcik kebulur kek tak sempat sampai rumah kena  bedal sampai habis *dasar*


"makcik" gantinama diri  paling sesuai untuk aku sebabnya  top student tu semua sebaya yuyi 

makcik cau dulu makcik ngantuklah.

Ustazah Maisarah

entah kenapa mata ni  masa masa cam ni mengantuk tahap kronik ,aku cam asal perut kenyang mesti mata mengantuk asal mata mengantuk perut kenyang kenapa yeak ? entry ni ujud semata -mata aku nak menahan mata dari mengantuk.*Nampak sangat keji* bukan nak wat keja boleh plak update blog nak hilangkan ngantuk.

Tiba-tiba je aku teringat   masa  zaman  sekolah menengah ;  setiap kali  cikgu  bahasa arab masuk ke kelas setiap kali tulah  mata aku tersangatlah mengantuknya. Masa tu kalau boleh aku  sendal mata ni ngan batang mancis,  mahu je aku sendal. Aku perasan  setiap kali  ustazah Maisarah cikgu  bahasa arab aku mengalunkan ayat-ayat suci Al -Quran  masa tulah mata aku terbuai sama dek  kelunakan suara dia . masih terngiang-ngiang lagi di telinga aku  "ya zarina"diulang beberapa kali  bagi menyedarkan aku dari tertidur......... ........



okey lah aku sedang menghitung jam ..................................


hari minggu aku ; sehari bersama seorang berperiod pain tegar

minggu ni minggu yang sangat sukar ; aku period .sah sah korang nak lempang aku kan period pun nak kecoh. Masa tengah  period  memang takde lah maknanya aku nak berkinja-kinja kat luar.Jujur aku katakan yang aku ni period pain tegar  dari anak dara sampai  dah jadi ibu pada 4 orang anak ni. Minyak  panas memang  menjadi peneman setia disaat period pain  untuk membantu melegakan kesakitan pinggang , belakang, perut dan segala anggota badan aku yang pada masa tu seolah -olah  bekerja tanpa henti. Ada masa  tekak  aku rasa mual, loya  kadang-kadang tu siap pakej muntah  mengalahkan orang pregnnat sakitnya Ya Allah ya Tuhanku.Masa nilah aku teringat akan dosa-dosaku   , masa  sihat walafiat tak ingat dosa ye dak.


Yuyi pun macam aku  gak setiap bulan tak pernah miss  period  pain tapi lagi teruk sampaikan pernah dihantar oleh kawan serumah dia  ke wad kecemasan siap pakej dimasukkan air   gara-gara period pain.Setiap kali period terutama pada hari pertama  yuyi  akan sediakan  plastik untuk muntah dan minyak panas untuk melegakan simpton sengugut.

Aku ngan yuyi sanggup tahan sakit , memang tak suka ambik  ubat tahan sakit bukan apa badan kitaorang bertambah lemah  setiap kali selepas  makan ubat tahan sakit. Aku selalu berdoa supaya period aku tak jatuh pada  hari bekerja kalau tak aku kena ambik mc.

Kalau korang tanya bagaimana rasanya period pain? hurmm macam mana eh aku nak cakap  entahlah rasa tak tahu nak cakap cam mane cukuplah sekadar aku katakan yang sakitnya umpama nyawa aku bagai dihujung tanduk.InsyaAllah setiap kali period pain aku  redho ,aku kena set dalam kepala aku  sakit adalah bentuk  ujian  Allah SWT kepada hamba-hambanya 

Oleh kerana minggu ni aku  sedang  bertarung ngan period pain  dah tentu-tentulah breakfast cum juadah makan tengahari  ye dak.
Bihun goreng rencah udang kering tumbuk 
bihun goreng makan ngan telur mata kerbau 

 Masa memasak juadah makan malam ni aku dalam  70% lega  dari   period pain . simple je  juadah aku  ;  ayam masak sambal tak berapa nak pedas ala ala ayam masak merah dan masak lemak kacang panjang.
 yuyi cakap yang aku  boleh memasak lagi dalam keadaan tengah menahan period pain  . Aku cakap kat dia yang aku dah biasa memasak sambil menahan sakit period ni  kalau aku tak buat saper lagi yang nak buat .


Nasihat aku pada sesiapa yang mengalami period pain tegar  cam kami berdua  set je dalam otak tu "Allah SWT bagi ujian sebab dia sayang kat kita"

Thursday, September 27, 2012

Addicted ngan baked beans english breakfast ke ????


Seingat aku dari kecik lagi  aku dah  addict dengan  baked beans  yang dimakan bersama telur mata kerbau tapi kuningnya haruslah separuh masak*mabeles*    ilmu makan baked beans bersama  telur mata kerbau  aku lupa nak turunkan kat anak-anak, sebab tu  masa   aku breakfast  makan baked beans,telur mata kerbau dan sosej  kat sini, yuyi  bantai gelak-gelakkan aku . Dia mana layan breakfast ringan-ringan cam ni kalau nasi lemak beraneka lauk pauk tu laju je dia
chefel  banyak membantu meringankan kerja dapur aku

 yuyi punya 
Jeng jeng jeng baked beans bersama telur mata kerbau kuningnya separuh masak.
first time  aku  ajar yuyi makan black beans bersama telur mata kerbau kuning separuh masak  dia terus jatuh cinta *gabungan yang mantop* katanya yuyi.auwww  baru dia tahu sedap !!!!!!!!!!!!!!
 Abaikan muka firdaus yang tak de perasaan tu almaklumlah baru balik dari sekolah *penat*
 
Bekal untuk   Firdaus  makan  kat rumah pengasuh



Okey lah sampai sini je balik keja ni nanti aku nak beli baked beans , kat rumah dah kehabisan baked beans.


Sekadar luahan hati

Aku memang  stress ngan orang yang 24 jam bagitau ngan orang sekeliling yang dia   stress . kau sedar tak muka kau tu je dah buat aku stress apatah lagi bila kau bagitau yang ko stress. Kelakar!!!!  kau tak nak sesuaikan diri ngan orang lain  macam manalah orang lain nak sesuaikan diri ngan kau. pegi main jauh-jauh sikit boleh .Muda lagi nak stress amatlah mengjengkelkan .lemas aku

pagi khamis aku ; sapa nak jadi ibu mithali sila angkat tangan.

Yeah yeah yeah pagi ni aku rajin  .tu pun nak kecohkan? mestilah aku kecoh masa hari aku bekerja bukan  rajin sangat nak masak pun.Hakikatnya memang aku malas nak masak masak waktu pagi ni tapi oleh kerana kasihankan  Firdaus yang  hampir setiap hari kena tala nasi lemak  itu yang   aku  merajinkan diri bangun awal pagi semata-mata untuk  masak sambal sardin ngan telur dadar berkacang panjang.*macamlah juadah special sangat*

  
macam gah sangat "sambal sardin" je pun

Nampak merah bukan bererti pedas . Pedas aku budak umur setahun pun boleh layan. *kak limah ko gelak aku sepak*

Sambar sardin judu ngan telur dadar berkacang panjang
 ekceli telur dadar berkacang panjang ni resepi koleksi MIL, dia suka banget makan  telur dadar ni bersama ngan  bubur nasi dapat kat aku layan ngan sardin *tekak melayu*

Mudah je nak buat telur dadar ni
1)segengam  dua hirisan kacang panjang
2)Masukkan  hirisan kacang panjang  bersama ngan sedikit garam dan secubit kecil serbuk perasa  dalam chefel, tumis hingga  sedikit layu
3)Curahkan (4 biji  telur) yang telah  dikocok  bersama  sedikit kicap cair. *tetiba je ayat indon keluar*
4)goreng telur dadar hingga garing  di kedua -dua belah.
    
Biar  telur dadar  agak garing di kedua-dua belah
  
Telur dadar berkacang panjang
 
  
Bekal Firdaus ke rumah Pengasuh, nanti sebelum pegi sekolah dia makan.


Nota pentinglah jugak

Lepas office nanti InsyaAllah cik ina reply message fb Dlieya's Darleenaye ,you know me well  my hp cap sardin king cup tak leh bukak fb & komputer office plak meng X kan fb.

Wednesday, September 26, 2012

Separuh hari sabtu ku ; awek surabaya umur 30an

Hari sabtu hari tu aku ajak anak -anak  mandi -manda kat sunway Lagoon. Pada mulanya aku bercadang  ajak diaorang  mandi manda kat  Wet World Shah Alam tapi memandangkan yuyi yang dah ke serata alam tapi tak pernah lagi  menjejakkan kaki  ke sunway lagoon  maka itu sebabnya  aku tukar  cadangan *sila jangan ketawakan yuyi* 4 tahun dulu  masa Firdaus baru berumur 3-4 tahun  selalu gak aku bawak dia ngan gula-gula hack datang  sini.

layan gambar yang tak seberapa nak cantik ni ye.
Anak ; Tiada di sini tetap dihati.Tak pernah ku lupa walau sesaat
Saya berada di Sunway Lagoon

saya suka menutup aurat  semasa mandi . Seriously dari kecik sampai la ni Firdaus marah sungguh bila aku   bukakkan  baju dia  atau  pakaikan dia swimming trunk masa mandi swimming pool,  sungai atau laut .
Gula-gula hacks dan yuyi
Gambar 1
 
Gambar 2
Cari perbezaan dalam gambar ini.ha ha ha 
 ular Albino
 ???????
 saya dan ?????
tikus moden
Iguana
tupai 
meh aku ambik ko  punya duri  wat penunjuk mukadam
buaya  hidup di darat lebih merbahaya dari buaya hidup  di air, kan kan kan.
Tupai lagi ke?
ular sawa beku
Aku sempat berkenalan ngan pelancong vietnam namanya yuyi
saya sentiasa gembira bila  berada di dalam air
 orang yang sentiasa  gembira bila berada di dalam air
gembiranya saya

bakal perenang olimpik Malaysia 2015
Tak tentu arah


   Tanpa mengenal penat dan  erti jemu

Arjun rampal ???

Arjun rampal ?? karena kapoor?
nampak tak saya?
play ground dalam air
ala aku ingatkan firdaus tadi rupanya anak orang lain, excitedkan aku ni
saya sedang mencari sesorang
Awek surabaya 
Cinta tak mengenal usia?

Lepas berendam mesti lapau

Arjun rampal???
alamat mak saya terlupa nak  ambik  gambar saya tengah makan
 
Hidangan aku
 
bajet ayu
Selamat tinggal Sunway Lagoon


Bilalah lagi aku  dapat menjamu mata kat sini . Aduyai kenyang mata aku  memandang yang terjojol ala neelofa yang terjojol ala ala liyana jasmay pun ada gak.*lap air liur jap*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina