Penat pagi tadi tak hilang lagi, dah kena ke sekolah  Firdaus .Petang semalam aku dapat surat dari cikgu Firdaus ,kandungan surat tu menyatakan yang aku tak menjelaskan lagi RM10 untuk baju sukan Firdaus. Aku konpius, hari tu suami bagi tau semua dah bayar, setahu aku yang belum bayar cuma PIBG. Demi nak memuaskan hati cikgu dan hati sendiri , lepas balik dari ambik duit BRIM  ,aku ikut sekali suami pegi jumpa cikgu Firdaus. kadang-kadang malas nak layan benda remeh temeh ni , tapi nak buat cam mana  sekolah zaman kita  dulu   berbeza sangat ngan sekolah zaman  sekarang, terpaksalah hadap, ye dak.
Jumpa je cikgu Firdaus kat depan bilik guru,  aku bagitaulah  yang suami  dah bayar baju sukan tu. Naik geram aku bila cikgu Firdaus bagi tau fail tebal yang tak bayar lagi, bukan baju sukan. Sesuka hati je dalam surat tu bagi tau baju sukan yang tak bayar, sekarang ni dia pusing cakap plak. Aku tak ralat sangat duit RM10 tu , cuma aku pantang sikit orang cakap putar belit ni Malas nak  cite  lebih  , aku bayar je RM10, lagi tak nak  hulur resit, nanti bagitau lagi kita tak bayar. Apasalahnya bila kita  bayar tu , bagi  resit sebagai  bukti pembayaran.Zaman aku sekolah dulu , minggu pertama persekolahan  selesai segala pembayaran. Sekolah zaman sekarang ni pelik sikit,  cikgu pun tak tahu bila tarikh ibubapa kena bayar  yuran PIBG .  Spesis aku ni  suka selesaikan cepat  segala tok nenek  yang berkaitan ngan   sekolah ni , lepas tu malas nak pikir dah. Hal cam ni tak tahu mana silapnya.
Ini kes lain tapi masih , bersangkut paut mengenai sekolah , Firdaus ni hampir setiap hari hilang alat tulis sekolah. Memanglah  setiap kali hilang boleh diganti, tapi kalau dah kerap sangat  ,  tauke baalifbaya pun jual kandang. Dalam perkara cam ni  tak boleh nak   salahkan   sesiapa, pendapat aku  yang best setiap  ibubapa yang mempunyai anak bersekolah  rendah , kena prihatin dan ambik tau , kalau boleh setiap  hari  periksalah barang sekolah anak kita , mana tau mereka  ada  "TERAMBIL"   barang rakan-rakan  sekolah, ,jika terambil suruh anak kita  pulangkan  kepada yang empunya barang. Rutin aku  setiap malam  mengajar  Firdaus  membaca ngan tolong dia buat keja sekolah dalam masa yang sama  periksa  beg sekolah , mana tahu dia ada terambil  barang rakan sekolah, kalau ada  aku suruh dia pulangkan.
Akhir sekali selepas  ambik duit BRIM tu aku terasa -rasa duit sekolah RM100 cam aku tak akan dapat  sama ngan duit RM200(nelayan )gomen bagi suami aku  setiap bulan, cam biasalah gali lubang tutup lubang tu perkara biasa ye dak.
Senyum sumbing : tak tahan ngan statement sorang kawan yang gaji beribu lemon tu "duit  BRIM yang kita orang dapat tu kononnya dari duit dia yang bayar cukai pendapatan" habis tu aku ngan orang lain yang bergaji rendah ni tak pernah bayar cukai kat gomen cth cukai pintu, tanah, tol, gov tax   kedai makan tu,dan macam-macam lagi cukai yg tersorok , malas cam buang masa plak nak layan  orang kurang kasih sayang ni.kasihan.