Hye saya Fasha Sandha, ni blog memon ,takde maknanya Fasha sandha nak kongsi rahsia kecantikan kat blog ni. Amboi  kengkawan syoknya  sambung  tidur , mentang-mentanglah kat luar sana hujan cuaca sejuk. Kengkawan mau ke mana ari ni? memon tak  kemana-mana, memon cadang nak basuh kain baju, sidai kain baju, lipat kain baju , kain baju! kain baju ! kain baju!  kenapalah terciptanya kain baju, memon fed up bila fikir pasal kain baju terutama bab lipat kain baju , extra fed up +++ bab mengosok kain baju, seriyes dulu kini dan selama-lamanya memon menccikkk.
Berbalik pada cite asal, haip haip  laju je kengkawan nak klik blog  memon  bila kengkawan tahu  fasha sandha nak kongsi rahsia kecantikkan kat sini, cuba  yang nak kongsi rahsia kecantikan tu memon, memang  haremmm korang nak klikkan, la la la la la Memon tak cantik , bak kata P.Ramlee manisnya  ada. kwang kwang kwang. Memon tak dapat share apa-apa  ngan kengkawan bab rahsia kecantikan, tapi  kalau  bab  rahsia menguruskan rumahtangga , dapatlah memon  share sikit-sikit ngan  kengkawan.
Cite Bab  kecantikan, entah kenapa dari dulu  Memon susah nak terpengaruh  ngan iklan kat TV terutama iklan produk kecantikan ,lebih lagi  iklan tu  mengunakan  artis fofular sebagai daya penarik .*penjelesnya memon* Paling memon tak boleh blah ngan model  produk kecantikan pemutih wajah, modelnya rata-rata berwajah cerah, untuk menampakkan wajah gelap boleh berubah jadi putih lepas memakai  produk tu  wajah model  akan dimake upkan sedikit gelap . Memon akan percaya 50%  keberkesanan produk pemutih wajah tu, Jika model iklan produk  tu  memang   berwajah gelap  berubah menjadi putih  selepas memakai produk tu
Memon tak moh ambik pedulik semua tu, memon tahu yg memon  percaya ngan sorang model namanya  yuyi ,. anak memon. Jangan cuba nak buang masa klik link merah tu, tak de maknanya  anak memon tu nak berblog.
Dua bulan lepas Yuyi bagi memon Inner shine berry , sampai la ni  tak berusik.
Okey memon ada  petua nak  menghilangkan kesan  keputihan  pada kain  baju,   keputihan ni  berlaku  ada kaitan  ngan mesin basuh atau sabun serbuk. Kesan keputihan paling menyerlah pada kain baju berkaler gelap *cam gelik je guna ayat keputihan tu* la la la la  
kengkawan ambil  benda alah ni, apa ke nama benda ni, aku sental periuk guna benda ni
Kengkawan gosok secara perlahan  benda ni kat kain baju  yang ada kesan  keputihan. Memon gosok benda ni kat seluar sekolah Firdaus, seluar sekolah dia kaler biru gelap  sah lah  banyak keputihan.
Memon konpius ngan diri sendiri sampaikan memon tak pasti motip memon tepek gambar   Firdaus ni. Dalam kekonpiusan  melanda jiwa rage, menelek gambar Firdaus tu memon terfikir dua perkara 
1)meja sekolah tu tinggi
2)Firdaus rendang orangnya
Memon  tersenyum dalam kepahitan, bila mengenangkan lepas ni memon kerna terpaksa membilas kain baju , lipat kain baju, gosok kain baju, oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk