Salam kengkawan..........
Sedihnya, hari ni aku kesepian, aku dan Firdaus ditinggalkan berdua, aku  rasa  kosong dan terasing, selalunya hujung minggu cam ni anak -anak  aku balik. Semua orang dalam rumah ni hari   ada aktiviti sendiri, suami aku nak gi laut mancing malam nanti , yuyi ngan gula-gula hack plak kat  A Famosa Resort Melaka , dorang pegi  hari Jumaat balik  petang  minggu  huk huk huk. Dorang ada  ajak aku  pegi sekali, aku yang tak nak sebab Jumaat tu aku keja , redho jelah. Suami aku pun satu,  kemain degil lagi cam aku nak babab je dia   , tengah tsunami  cam ni nak gak pegi laut mancing . Bila aku  larang , dia cakap nak mati kat  mana -mana pun boleh mati erghhh geramnya. Adatlah kan geram ngan suami ni , geram geram aku pun  setiap kali dia ke laut mancing, aku  selalu doakan dia selamat pegi dan  balik : ) *bajet isteri mithali*
Bila tinggal berdua ngan firdaus ni , masing-masing buat aktiviti sendiri, Firdaus layan cd boboiboy terbaek dari ladang, aku plak layan blog , masa ni lah aku ambik kesempatan  berblowalking. Rasa cam dah lama je aku tak berblogwalking jadi  segan  plak pada rakan blogger  yang rajin singgah dan mengomen kat blog aku , terasa sangat semenjak Firdaus sekolah ni jadual harian aku padat ,bukanlah padat sampai tak de masa nak berkunjung  ke blog  kengkawan, ada masa aku berkunjung cuma kadang-kadang tu aku tak sempat nak tinggalkan komen je. . Maafkan aku ye kengkawan,aku menghargai setiap  komen dan  kunjungan kengkawan ke sini setiap masa. Janganlah hati kengkawan gundah gulana  sekiranya aku tak tinggalkan komen, InsyaAllah  aku  akan  cuba  sedaya upaya yang termampu  membalas setiap kunjungan kengkawan serta  tinggalkan komen sekali . *bajet retis*
Apa yang ko bebelkan labu,biasalah aku ni bila dah start membebel  susah nak stop, peringkat makcik- makcik lah katakan. Okey berbalik pada point asal aku , tadi aku nak cite pasal teknik urutan , ni  teknik urutan badan ikan bukan manusia ye. biasalah aku ngan  kontroversi  memang  tak dapat dipisahkan.kah kah kah . Teknik urutan ni tak de apa yang hebat ,  biasa-biasa je, mungkin  banyak orang yang dah tahu, aku saje je  nak wat gimik.Jangan marah.
Jom ikut aku masuk dapur  belajar teknik mengurut ikan boleh gitu : )
Bakar dalam oven pada suhu 200 celcius selama 40 minit. *dasar pemalaskan  bakar guna oben*
Jeng jeng  jeng inilah ikan cencaru bakar , versi bakar dalam oben.
Aku   tak  buat pencicah  air asam  suami ngan anak -anak tak suka ,  aku buat  pencicah kicap  cili .
Lauk sampingan aku masak  sup suhun fucuk ngan kobis cina
Okey sekianlah saje teknik urutan ikan buat kali ni, berjumpa lagi dilain hari dan waktu ye.
Kosmo 14 April 2012-Berteguh
Kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal tetapi datang daripada semangat yang tidak pernah mengalah.
Kosmo 14 April 2012-Berteguh
Kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal tetapi datang daripada semangat yang tidak pernah mengalah.