Mulai minggu ni dan minggu  yang seterusnya bermulalah pelayaran sinbad  aku menaiki  komuter setiap pagi dari  Copenhagen ke Port Klang , sampai port ada kawan jemput dan hantar  aku ke tempat keja.Biasanya aku akan sampai dulu .prinsip aku kalau kita  dah menumpang kereta orang biarlah kita yang tunggu.............sesekali terlewat tu adatlah ...
Hendak dijadikan cerita sepanjang  tempoh seminggu aku menunggu kawan di situ banyak adegan yang tak diingini berlaku.Salah satu adegan yang menarik perhatian aku adegan anjing cuba nak menganjing seorang gadis di perhentian  teksi . Kebetulan semasa kejadian meganjing tu aku berada tak jauh dari situ. Beberapa saat sebelum kejadian menganjing  aku tengah asyik  mengunyah cekodok ikan bilis, Sigadis plak tengah leka membaca novel, Tiba-tiba aku dikejutkan dengan jeritan sigadis "makcik!tolong saya makcik." "tahu pun kau , tadi aku senyum ko tak balas,sekarang panggil aku tolong plak."Aku kata dalam hati. Mulut aku kata "syoh syoh haip haip biasa dia kacau anak dara orang." Anjing hitam pun kembali tenang.Dengan suara ala-ala manja "makcik kenapa makcik ambik gambar anjing tu." "sibuk plak nak jaga hal aku, ko tak kena gigit anjing dah kira baik."Aku kata dalam hati sambil melemparkan senyuman sinis.
The moral of  the story lenkali
1)jangan perkecilkan kebolehan makcik
2)jangan sombong ngan makcik