Rojak singapore
Rojak singapore adalah salah satu makanan kesukaan yuyi. Setiap kali 
pegi pasar ramadhan dia tak ketinggalan membeli rojak singapore. 
Banyak -banyak bahan dalam rojak singapore, sotong size L goreng  dan 
cucur udang yang paling dia suka.Walaupun harga sekor sotong mencecah 
RM10 ini tidak pernah mematahkan semangat yuyi untuk merasa  dan 
membeli rojak singapore 
Entah macam mana suatu hari tu di  pasar  ramadhan kat  gerai menjual 
rojak singapore tak de sotong , penjual rojak tu kata dia tak jual 
sotong sebab mahal tak de orang yang nak beli. Nampaklah masa tu muka 
yuyi frust sangat sebab tak dapat sotong size L goreng. Oleh kerana 
sotong size L goreng tak de disitu  aku tunjukkan  kat dia udang  size 
L goreng, rega pun secucuk RM2 ada 3-4 ekor udang lagi. Serta merta 
terpancar diwajah yuyi gembira bukan kepalang laju je tangan dia 
menyambar udang tersebut lalu dimasukkan ke dalam bakul bersama 
bahan-bahan yang lain 
Masa yuyi nak menyuap udang(penganti sotong size L goreng) dan cucur 
udang  ke mulut bersama ngan kuah rojak singapore  spontan  yuyi 
menjerit arghhhh tidakkkkkkkkkkdan   mak !!udang tiruan."mana mak tau 
nampak macam udang betul." Aku dan yuyi  saling berpandangan sesama 
sendiri.Yuyi kata  bebola isi ketam ni dia boleh cam lagi  tapi yang 
bebola udang ni agak sukar nak dicam antara udang real ngan bebola. 
Sekadar luahan hati 
haish macam-macamlah sendiri kutuk orang sendiri angin satu badan.