Ikan Talang lagi, legend sangatlah ikan talang ni pada aku. Ikan Talang basah  jarang dijual di pasar kalau ada pun ikan talang masin. Ikan talang  kurang permintaan dan tak popular  seperti ikan lain sebab  isinya tawar dan sedikit nipis.Ada aku kisah asal namanya ikan semuanya aku suka.
Aku takjub  , selama suami aku memancing inilah  first time dia bawak balik ikan Talang , itu yang aku teruja sangat nak  bercerita mengenai perihal ikan tu . Orang tua-tua kata "ikan talang sesuai dibuat ikan masin" bila difikir-fikir  balik  ada gak kebenaran  kata-kata orang tua : )
Semalam aku cuba berexsperimen ngan ikan talang .
1) cili kering 25 tangkai , 3 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah kecil, 1 inchi halia,1/2 inchi kunyit dan 1 inchi belacan
Dikisar basah
Dikisar basah
1) asam jawa dibancuh ngan  700ml  air(iair asam jawa biar sedikit cair , takut nanti terlebih pekat  kuah  menjadi  terlebih masam)
2)1 tangkai daun kari
3)5-6 batang bendi muda ngan 5-6 biji tomato ceri(tak de pun tak pe)
4)ikan tadi dibasuh berseh kemudian  digaram kunyit
Tumis cili kisar dan daun kari  sampai betul-betul  pecah minyak. Kalau nak dapat asam tumis yang sodap, cili tu kenalah tumis hingga betul-betul pecah minyak. Sekirannya takut tumisan cili tadi cepat hangit, kecikkan sedikit api semasa menumis. Bila dah pecah minyak , masukkan air asam jawa  biarkan ia agak mendidih kemudian masukkan ikan , bendi dan tomato ceri. Jangan masak ikan terlalu lama, nanti kemanisan ikan hilang. Bila kuah dah mendidih Sebelum angkat buh secubit kecil serbuk perasa, garam ngan 1 tsp gula ; bagi mengimbangi rasa kuah.