Thursday, May 24, 2012

Fasha sandha lalu kat belakang pun aku tak perasan..

Salam kengkawan 


 
Ikan talang cicah kicap cili percubaan aku membakar ikan talang , hasilnya tak memuaskan hati kulit dan isi ikan talang  sah sah keras, sisiknya plak  tersangatlah  halus hingga  tak dapat dilihat dari  pandangan mata kasar. Kalau korang terasa  bakar ikan talang silalah siat kulitnya dulu - gambar kredit pada blog cik ina do do cheng.la la la .

Cite Fasha sandha kemudian ye. Hari tu aku adalah   terbaca satu blog kepunyaan  chef , tak payahlah aku bagitau nama  chef tu. Seronok baca blog chef ni, kita boleh dapat banyak  ilmu  masak kat situ. Dalam seronok ada  juga yang tak seronok. Tak seronoknya bila baca statement   "ikan talang bako pun sedap isi lembut", tapi aku nak wat cam mana  dah statement tu  keluar  dari mulut chef  saper  yang  tak  percaya  ye dak. Mana kita tahu kan dah  namanya  chef   mestilah boleh melembutkan  isi  ikan yang  keras.la la la la

 Ikan talang masin ni boleh dimasak pelbagai cara samada digoreng ,masak lemak, kari,sambal itu je yang aku tahu  nak lebih tahu  sila goggle sendiri ye.. 


Ikan talang masin  ni suami  beli petang semalam  kat kedai berhampiran rumah aku  tapi tak sesedap  yang suami aku buat.
 
Nampak tak bungkusan yang tergantung tu, tulah  ikan talang  masin  yang suami aku buat. Ikan talang masin  yang suami aku buat sedap , isinya pun lembut selepas digoreng . Malam tadi aku pujuk  suami   buat  ikan talang masin  serupa  macam  yang  dia  buat dulu tu  .

Ikan talang masin  yang  suami aku beli, nampak sangat keras selepas digoreng. Suami aku kata nak buat ikan masin ni ada teknik tertentu barulah ikan masin yang terhasil agak lembut .

Telur mata kerbau bersambal sos ni  balance breakfast pagi tadi 

 sup bayam ngan telur ni saje aku masakkan untuk Firdaus
Suami aku suka makan  bendi  cicah ngan sambal belacan yang sedikit cair.
Bendi celur ngan air panas yang dibuh sedikit garam ngan minyak
Dah pun sampai bab Fasha Sandha ;  makan nasi  nasi  bersama   ikan masin talang ngan  bendi   cicah sambal belacan mantoppp Fasha sandha lalu belakang pun aku tak perasan.


Hitam hitam  sitampuk manggis sungguhpun hitam aku pandang manis. Ko mampu. Mata pandang  ayah sambil tangan menyiat bendi. sabau jelah.


Sekadar luahan  hati

Kita ni  manusia biasa  tak pernah  yang sempurna. Memang sulit untuk  jadi sempurna tapi belajarlah untuk menjadi sempurna. Proses pembelajaran tak pernah berhenti hinggalah kita menghembuskan nafas terakhir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina