Thursday, August 23, 2012

Hari pertama dan kedua breakfast di The Garden Terrace ; Swiss Garden Resort SPA Kuantan Pahang

Salam Aidilfitri...............

Rasa dah lama aku tak update blog aku ni, otak pun dah naik tumpul . Tak tahu kat mana nak mula bercerita .Terima kasihlah pada pegunjung yang sudi berkunjung ke blog aku ni walaupun aku dah dekat nak seminggu tak update blog. Memang aku ada niat nak update blog masa bercuti tapi nak buat cam mana lappy aku bawak berukband plak tertinggal kat rumah, itu yang buat aku  tergendala nak mengupdate blog . Nak guna ipad yuyi sah sah  aku sengal lagilah keypad yang mengunakan touch screen.

Aku sampai rumah petang semalam lebih kurang pukul 5 petang , badan pun dah  letih bila badan dan letih alamatnya jangan haraplah aku  nak bukak lappy .Petang semalam lepas yuyi ngan gula-gula balik je ke rumah aku ngan Firdaus pun terus membuta.

Okey aku start cerita dari  breakfast masa  kitaorang bercuti.....tiba-tiba je tak de hujung pangkal cite pasal breakfast arghhh layan jelah ye. Kepala aku tengah pening ni duk fikir kain baju yang melambak tengah  menunggu nak dibasuh.

Hari pertama breafast di The garden Terrace, makanan berlambak tak tahu nak makan yang mana satu. Aku ngan anak -anak aku ni kalau ngan  buffet  memang fail .Tak pandai nak buh dalam pinggan makanan yang bercampur-campur.
Firdaus makan nasi lemak je.
Yuyi ngan gula-gula hacks makan nasi lemak , nasinya  memang terbaek makan nasi cam tu je dah sedap
Aku bantai telur ngan kacang peas lepas tu bantai makan  bihun goreng plak, haish kalau omputih nengok gaya breakfast orang malaysia mau dia pitam
Boleh dah layan nasi lemak , layan coco crunch plak.
Hari kedua lepas layan nasi lemak yuyi layan honey star ngan susu .
 Firdaus ngan nasi lemak memang tak boleh dipisahkan
 Yuyi ngan bihun goreng

Lepas breakfast terus lepak kat lobby hotel
Firdaus menyelit je

Waktu malam adalah acara melepak-lepak dilobby hotel .


Okeylah ye sekarang aku tengah bizi  petang nanti aku update lagi ye. Diharap bersabar  menunggu mood dan idea aku nak mengupdate  kunjung tiba .


jumpa lagi..............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina