Salam Ramadhan...............
Lepas ni InsyaAllah aku kena lebih bersemangat memasak untuk juadah berbuka puasa. "Go go chaiyok, "aku kata dalam hati. Mana taknya setiap petang aku call yuyi , dia kata tengah memasak siap bagitau aku lagi yang dia dah dua tiga hari tak start enjin kereta, ini bermaksud dia dah lama tak pegi bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka .Oh tidakkk , mana boleh jadi cam ni mak beli makanan kat bazar Ramadhan , anak plak memasak sendiri makanan di rumah. Lagi satu yang menaikkan semangat aku nak memasak juadah berbuka puasa bila aku baca cerita geng kamceng tapi tak pernah bersua muka pun .Semangat jangan tak semangat, tekak mak ni pun dah muak ngan makanan yang aku beli sendiri. cam ni pun bolehkan*
Balik keja semalam aku temankan kawan beli barang kat pasaraya,aku menyinggah jap beli ayam ngan sayur. Sampai rumah aku terus masak masa tu pun dah dekat pukul 7 kelam kabut aku masak.. Aku masak yang simple simple je aku masak ayam ngan kentang goreng kicap dan kobis goreng fish ball.
Tumis semua bahan hirisan dan kayu manis & bunga lawang sampai layu dan naik bau.Bila bahan tumisan dah naik bau buh 3 sudu besar sos cili kacau sekejap,lepas tu buh kicap pekat dan kipas udang dikuti ngan 300 ml air. Rasa ikut citarasa masing-masing.Bila kuah kicap dah mendidih bolehlah masukkan ayam goreng ngan kentang goreng tadi. Kacau sekata biar sekejap kemudian bolehlah diangkat
Aku suka buat keja sambil menyambil ; sambil mengoreng ayam aku merebus kentang.la la la la
Sempat lagi suami suruh aku gorengkan fishball untuk dia dimasa aku mengoreng ayam.
Ayam goreng dan kentang goreng sebelum dimasak kicap
Bahan-bahan- 1 biji bawang besar dihiris nipis-nipis
- 4 ulas putih bawang dihiris
- 1 cm dihiris-hiris
- 2 batang kayu manis & sekuntum bunga lawang
- 1 teaspoon serbuk lada hitam
- 5 biji cili api -belah dua
- 3 biji cili besar-belah dua
- 2 sudu besar kicap pekat
- 4 sudu besar kicap kipas udang
- 3 sudu besar sos cili
- buh air lebih kurang 300ml
Lebih kurang 10 ketul ayam goreng dan 4 biji kentang dipotong baji kemudian direbus dan goreng.
Cara-cara membuatnya
Cara-cara membuatnya
Tumis semua bahan hirisan dan kayu manis & bunga lawang sampai layu dan naik bau.Bila bahan tumisan dah naik bau buh 3 sudu besar sos cili kacau sekejap,lepas tu buh kicap pekat dan kipas udang dikuti ngan 300 ml air. Rasa ikut citarasa masing-masing.Bila kuah kicap dah mendidih bolehlah masukkan ayam goreng ngan kentang goreng tadi. Kacau sekata biar sekejap kemudian bolehlah diangkat
Sekadar luahan hati
Percaya tak? kadang-kadang orang sekeliling kita lebih peka akan perubahan sikap dan fizikal kita berbanding diri kita sendiri .kenapa aku cakap cam tu?
Pada suatu hari aku mengemas laci kat ofis dalam laci aku penuh wayar ngan telefon lama.Satu persatu laci aku buka sampai di laci paling bawah aku tanjat kat dalamnya ada sebotol glass cleaner, aku keluarkan glass cleaner tu aku sembang ngan sorang kawan opis aku yang dari tadi sibuk mengfax "haish mana datangnya glass cleaner ni, apasal selama ni akak tak perasan benda alah ni ada kat dalam laci ni."
Belum sempat aku menghabiskan kata-kata aku tiba-tiba muncul satu suara dari arah dekat "itulah kau tak perasankan? semenjak kau berblog ni kau dah tak tahu apa yang ada kat sekeliling kau."Aku tak tahu nak cakap apa, aku dan kawan aku yang tengah mengefax saling berpandangan sesama sendiri.
Ada kemungkinan besar selepas ini aku kena berhenti berblog untuk mengelakkan aku tak mampu mengenali suami atau anak sendiri satu hari nanti.