Wednesday, August 29, 2012

orang kelantan pun dah pergi Snowalk i-I City Shah Alam

Salam Aidilfitri................

Masih dalam mood Hari Raya Aidilfitri; Pada hari raya keempat aku ngan Firdaus dah lepak lepak  kat rumah , suami aku plak dah start keja . Tanjat boboy dalam pukul 3 petang yuyi ngan gula-gula hack datang ke rumah merengek-rengek ajak aku ngan Firdaus jalan-jalan kat pasaraya. Pada mulanya aku menolak  ajakan yuyi tapi  bila tengok muka Firdaus aku jatuh kasihan lalu aku menerimalah   pelawaan yuyi tu.

Yuyi batalkan agenda ke pasaraya dia menukar  agenda ke Tasik Shah Alam .Cerita pasal tasik Shah Alam nanti aku cerita di lain entry  ye. Selepas menghabiskan masa lebih kurang dua jam kat   tasik Shah Alam , yuyi bawak kitaorang ke  i-city plak  katanya nak ke snowalk katanya lagi "kawan dia yang dari Kelantan pun dah pegi ke snowalk i-city"  Manalah yuyi petik  statement tak boleh blah ni.la la la la Sebelum ni dah banyak orang cerita pasal i-city  kat aku tapi tak de plak aku teruja sangat nak  ke sini , yang peliknya  bila yuyi keluar statement kawan dia yang dari kelantan pun dah pegi sini otomatik plak aku terkinja-kinja nak ke sini.

Semua perbelanjaan di sini ditanggung 100% oleh yuyi  arghhh tau tak pe tak de maknanya aku nak keluar duit pegi tempat cam ni *dasar kedekut* jadi maafkan aku sekiranya aku tiada meletakkan  harga tiket masuk ke snowalk dan bayaran  apa saje yang bersangkutan ngan tempat ni.

Masa kitaorang sampai kat snowalk  jarum jam dah menunjukkan pukul 6.30 petang kalau tak silap aku tempat dibuka hingga ke pukul 1 pagi. Dah garenti mat bangla atau myanmar yang datang pukul 1 pagi tu kan,opss terlepassss.
Sebelum masuk ke snowalk
DiPerkarangan snowalk ; tak dapat bergambar ngan the real  panda yang ala ala cam ni pun jadilah ye dak.

Sebelum masuk ke area snow snow kami dibekalkan ngan baju sejuk , sepasang kasut phua chu kang (sewa kalau tak silap aku RM10), dan sepasang stokin setiap sorang .Handbag, sling bag  atau apa sajer jenis  bag  kena simpan dalam loker yang dikenakan bayaran RM2. 

Jujur aku katakan memang aku tak tahan ngan kesejukan tahap gaban kat dalam snowalk ni.Aku perhatikan gula-gula hack pun sama ngan aku , tak sampai setengah jam kat sini hidung dia dah mula berair.Yuyi tak usah cakaplah memang dia  tahan ngan cuaca sejuk cam ni memberkan dah pegi Autralia.la la la  Aku salute ngan Firdaus selamba je kat tempat sejuk cam ni.
 masa gula-gula hacks bercakap nampak sangat dia  terketar -ketar kesejukan


Dalam igloo ni  aku paling tak tahan sejuk -igloo konon
Dorang berdua ni selamba je

Aku rasa bahagian  sini paling cantik 



Besar jaket dari orang

tudung aku jadi mangsa
Gula-gula hacks maintain sejuk
Masa ni hidung gula-gula hack dah mula beair dan merah
Tak tahan aku ngan igloo sejuk ni..........
kerbau ke lembu atau kambing gurun help me..........
Tak sampai sejam kat dalam snowalk aku ngan gula-gula hacks ajak yuyi dan  Firdaus keluar . Kasihan tukang bayar tiket, tak berbaloi ngan duit  yang telah dibelanjakan kat sini. Sunpah , kalau  ada sarung tangan dan stokin yang tebal InsyaAllah aku  bertahan dalam tempat sejuk camgini.  entah kenapa  bab kaki aku  fail , tapak kaki aku ni cepat sejuk dan kebas bila berada kat tempat sejuk.Keluar dari snowalk kitaorang menghabiskan masa lebih kurang sejam kat pokok-pokok dan haiwan berlampu. ye ke haiwan?
comel plak yuyi kat bawah lampu ni*matik pujik anak sendiri*
Cam bagus-bagus gula-gula hack bergaya ngan handbag aku
Meniru gaya salah seorang pengunjung berbangsa cina
Cam cantik je tempat ni
 gula-gula hack ni  cam masuk je  ngan baju kaler cam ni
Yuyi  tengah  beratur  membeli tiket untuk naik ke merry go round
Sebahagian dari pokok berlampu  yang ada kat sini
lagi pokok berlampu
gula-gula hacks ni dah sampai ke bawah baru mampu tersenyum
Gula-gula hacks gayat kat tempat tinggi

Permandangan pokok berlampu dari atas merry go round


The moral of the story snowalk i-city Shah Alam best sila bawak family anda ke sana, bukan senang wei nak merasa cuaca sejuk dan bersalji  ala-ala negara omputih ni...ialah tu



Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina