Lamanya tak melepak kat Taman Tasik Shah Alam seingat aku last pegi sini masa Firdaus berumur 3 tahun.Sebelum pegi snowalk i-city sempat lagi yuyi bawak kitaorang semua lepak kat Taman Tasik Shah Alam dan bawak kitaorang naik bot menyelusuri Tasik Shah Alam. Masa tu mulalah fikiran aku menerawang. Mengimbau memory 10 tahun dulu.
Taman Tasik Shah Alam dan wet wet world banyak mengimbau memori indah ketika yuyi dan gula-gula hack masa kecil, buktinya masih tersimpan sekeping gambar mereka berdua berjimba-jimba kat Taman Tasik Shah Alam yang bestnya gambar tu aku ambik mengunakan kamera Ricah yang mempunyai negative filem kamera pemberian syarikat tempat aku keja sekarang ni*dasatkan kamera ricah ko mampu*
Sebelum menyelusuri Tasik Shah Alam Yuyi ngan gula-gula hacks bawak Firdaus berjimba-jimba kat taman permainan manakala aku plak sibuk mengambil beberapa keping gambar dorang untuk dimuatkan dalam blog ni.
Entah kenapa aku suka sangat gula-gula hack pakai baju kaler biru lembut ni .Dia nampak cam encem dimata aku.
Yuyi mesti bengkek aku banyak puji gula-gula hacks
Masa tu cuaca tersangatlah panas tetapi itu tidak sedikit pun mematahkan semangat mereka untuk terus berposing.la la laMasih bersemangat mungkin yuyi diresapi semangat Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang tak lama lagi kot
eh eh kenapa mata gula-gula hacks dalam gambar ni nampak sedikit kecil?
Siabang tengah melayan siadik
Siabang tengah happy semacam
Aku tengah memujuk Fidaus, arghh geram bila dikelilingi siakak dan sibang otomatik dia punya nakal datang.Bila dah agak boring kat situ kitaorang naik bot menyelusuri Tasik Shah Alam, harga tiket untuk orang dewasa kalau tak silap aku RM5 alah harga tiket untuk budak kecik aku terlupa plak........
Tukang bawak bot
Wet wet World tunggu kedatangan kami
Tasik Shah Alam
Apa tu??
Anak-anak aku, macamlah korang tak tau ye dakJangan sepak aku , aku nak bagitau yang ni anak-anak aku.la la la
Entah kenapa hari ni aku macam nak masukkan seseorang dalam tong kemudian simen.e e e dosanya ..........