Sekarang ni aku tengah menunggu yuyi ambik aku kat rumah, InsyaAllah lepas ni aku nak pegi beli barang-barang buat biskut. Sebelum dia sampai sempat lagi aku nak upadete blog tu.la la la.
Haishhh kenapa hati aku ni secara tiba-tiba rasa terharu dan terindu plak bila membaca pesanan dari Alin Marlini ngan kak zakie kat kotak chat box aku kat bawah tu. Entah kenapa semenjak dua menjak ni hati aku mudah tersentuh bila ada insan yang baik kat dalam dunia ni seperti sahabat -sahabat yang aku kenal di alam maya. Berbanyak terima kasih aku ucapkan kepada sahabat -sahabat alam maya yang sudi membaca segala luahan suka duka keluh kesah kehidupan aku di sini.
Berbalik semua pada cite juadah berbuka, yuyi ngan gula-gula ada kat rumah aku dari petang jumaat, petang minggu baru dorang balik kerumah dorang. Hari Jumaat tu dah tentu tentu lah juadah berbuka dan kuih muih aku main tunjuk-tunjuk kat bazar Ramadhan, hari sabtu baru aku masak sendiri juadah bersahur ngan berbuka. Juadah berbuka hari sabtu tu aku masak simple je sambal sardin , goreng bayam ngan telur dadar bermayonis.Kenapa sambal sardin? aku penuhi permintaan yuyi yang teringin sangat nak makan sambal sardin. Paling best sambal sardin yang aku masak ni mengunakan cili tumbuk .kenapa cili tumbuk? hua hua hua aku sedih ni tau mesin cili aku hampir dua minggu tersadai dan sekarang ni sedang dalam proses dibaik pulih.
Selain dari lauk pauk yang aku sebut tadi , suami aku beli taufufah sebagai penganti kuih muih , boleh plak gitu ye, mentang-mentanglah Firdaus suka sangat ngan taufufah dengan kitaorang semua kena layan taufufah.
Suami aku ni nak kena pelangkung kot , tengok dia punya gula merah sikit punya banyak.manissss
Kalau ada yuyi budak ni memang susah nak nampak muka dia , asyiklah main games ipad, masa tu aku hanya mampu bersabar je.
Sardin dah semestinya sardin ayam brand bila tengah tak mampu dah semestinya sardin botan atau king cup ye.la la la.Bukti yang aku mengunakan cili kering tumbuk.Cuba jangan tak cuba rasa sambal yang mengunakan cili tumbuk berlainan dari cili mesin.
nilah dia sambal sardin bersama kentang goreng. Resepi sambal sardin bersepah dalam blog aku ni , search jangan tak search.
Juadah berbuka bawak ke sahur cuma aku tambah cucur goreng ikan bilis ko mampu, tiba -tiba plak masa sahur tekak ni teringin nak makan cucur ikan bilis cicah sos cili .Teh o panas memang feveret yuyi masa bersahur.
Bayam goreng
Telur dadar bermayonis, permintaan suami.
Sekadar luahan hati
Yuyi ni kata pukul 3 , cepat plak dia sampai tak senang aku nak update blog.Okeylah jumpa lagi , Insya Allah