Sunday, November 6, 2011

HM Sri Bagan -Bagan Lalang-Restoran terapung- seafood melayu sedap

SALAM HARI RAYA AIDIL ADHA........................


Korang tengah wat apa?, aku tengah lepak-lepak, biasalah tak de koje . Semalam lepak gak, tapi lepak sambil jalan makan angin, kat bagan lalang dan area sewaktu dengannya. Cadangannya nak duk rumah je, nak berjalan pun tak de fulus.boleh gitu. yuyi ajak aku on je.

Bertolak pun dah lambat, pukul 3 baru nak gerak dari rumah. Mula nak makan kat sungai serdang mee soto , last minute cancel, takut kedai tu tak bukak ,sebab hari minggu jatuh raya haji.

Kalau nak suruh mandi kat bagan lalang jangan harap aku nak, sebabnya aku tak boleh explain korang gi search sendiri. hurmmmmmmmmmmmmm hurmmmmmmmmmmmm







hotel terapung-bagan lalang dah semakin canggih.kui kui kui


Jeti


Nama benda ni aku belum search lagi.Rasanya tedappppppppppp


Sepahat


sotong


ketam ngan ikan pari- aku ada gak order ikan pari bakar, lupa nak ambik gambar, sebab tangan mulut habis comot, makan dalam keaddan gelojoh katakan.


Muka budak manja , bila ada kakak.


Sebelum makan acara berposing-wajib


Air minuman yang diorder, air kelapa, carrot susu ngan teh O limau ais.


kailan goreng belacan, tak pandai lagi dorang nak agak , 5 orang makan cukup ke banyak tu?mahu sorang makan kena ambik sehelai.


pepahat masak cili.


Tangan yuyi yang tak sabar, sempat lagi aku ambik gambar.kui kui kui kui


Paling sedap pada aku , nama benda ni aku kurang pasti, tapi sup dia terbaek, rasa serai. suami yang pilih dimasak sup serai.


Ketam ni suami yang pilih, isi banyak dan rasa manis. Suami pilih ketam masak black pepper.


Sotong masak sambal-sedap


Semua lauk -lauk kat sini sedap, menetapi citarasa semua, lenkali aku nak datang lagi. Masa first time makan kat bagan lalang aku gi sini, lepas baca beberapa blog yang wat review mengenai HM sri Bagan Lalang , aku teringin gak nak mencuba, Kebetulan plak semalam datang sini , mana boleh lepaskan peluang.Terbukti memang sedap, tak mengecewakan.


Lepas mengenyangkan perut, kami gi jalan jalan cari buah teratai. Buah teratai ni suami yang ajar makan, sebelum ni aku tak pernah makan pun. Isinya rasa lemak manis.

gambar yuyi ngan bunga teratai ni , aku suka sebab tu aku tepek , banyak lagi gambar dia ngan bunga teratai,aku tepek kat blog hp. Firdaus aku tak bagi keluar sebab masa ni nak senja, banyak nyamuk hutan, takut kena gigit gatalnya lain dari nyamuk biasa.



Bunga teratai dah mula berkembang.



bau bunga teratai harum mewangi.


Ada cam gadis bunga teratai tak?.kui kui kui kui kui


Selamat berhujung minggu bersama family tersayang ........... cuti dua hari , cuti masak-masak, kalau ada pun , esok baru nak tepek masak-masak.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina