Salam hari senin.............................
ceh ceh wah jangan marah, tajuk  sikit punya panjang. Semalam  aku ke pasar ngan yuyi, nampak batang keladi terus rembat, tetiba je teringin makan asam rebus batang keladi. Asam rebus keladi tumis atas darat  memang mengamit memory  bersama arwah mak, sebabnya  asam rebus batang keladi peberet dia.
Batang keladi selain dari masak  asam rebus, masak lomak ngan siput sedut pun sodap.Oleh kerana malas nak menetak muncung siput sedut , terpaksalah rentikan hasrat  nak makan masak lomak batang keladi ngan siput sedut tu. Kalau teringinnnnnnn sangat , makan kat kedai je lah..
Part paling best  makan asam rebus, buh kuah banyak-banyak dalam nasi, last sekali  hirup .hurmmmmmm tak terkata sedapnya.
Jom masak .........
Sediakan bumbu tuk masak  asam rebus anggaran 2 ikat batang keladi  ; 
5 biji cili api
10 tangkai cili kering
bawang merah kecik  3 ulas
bawang putih 2 ulas 
1/2 inchi belacan
1/2 inchi kunyit hidup 
semua bahan dikisar halus.
segengam ikan bilis , cuci, dan kisar kering
daun kesum seikat.basuh dan tuskan.
Batang ngan ubi keladi , siang buang kulit basuh dan tuskan. Zaman arwah mak dia celur dulu batang keladi tu, masuk zaman aku main lebur je, malaslah nak celur.
Lebur semua bahan , kecuali batang keladi, asam keping ngan  daun kesum.  buh air , ikut suka nak kuah banyak mana. Bila ubi keladi sedikit empuk, buhkan batang keladi ngan daun kesum. Biar kuah mendidih hingga batang keladi lembut.Jangan lupa buh asam keping, garam , sedikit gula dan perasa. Bila batang keladi  dah lembut, tutupkan api , bersedia tuk menumis atas darat ngan mengoreng hirisan bawang merah.
5 biji bawang merah dihiris.
Curahkan tumisan bawang merah  ke dalam kuah asam rebus  batang keladi tadi.
Biasalah kalau dah menyinggah kat makcik jual batang keladi ni, rambang mata dibuatnya, bemacam jenis ulam ada. Aku rembat daun tenggek burung ngan ulam raja. Ulam ni sedap makan ngan sambal kelapa. Senang je nak buat sambal  kelapa, ambik sambal belacan gaul je ngan kelapa parut. habis cite.kui kui kui
ulam raja-ada tanam , tapi  baru je mati beberapa bulan yg lepas sebab tuannya terlampau rajin.kui kui kui
Biasanya aku buat ayam goreng mengcongkam , kali ni  ayam goreng berserai plak.-suka suka je bagi nama.kui kui kui
Bahan tuk bumbu ayam goreng berserai
1)3 ulas bawang merah
2)3 ulas bawang putih
3)1/2cm kunyit hidup
4)1/2 cm halia
5)sedikit jintan manis ngan putih
6) 3 batang serai dihiris
Semua bahan dikisar kering atau tumbuk, gaul ayam ngan garam, sedikit perasa,lepas tu gaul ngan bumbu tadi kemudian gaulkan ngan sedikit tepung gandum atau jagung, perapkan sejam.
Goreng hingga garing dalam minyak panas dan banyak.
Malam tadi  suami update blog dia, dah lama blog tu  terbiar cam tu, aku nengok pun terbako.Dalam hp  ada gambar hasil tangkapan dia 26/10 ngan hasil tangkapan kawan dia malam tadi. Malam tadi dapat gak  dia rembat skit hasil tangkapan kawan dia, ikan GT.
Saja suka-suka  perap ikan GT tu  cam aku  peram daging jintan hari tu.







