Tuesday, November 8, 2011

Cadangan masak daging korban

Salam hari selasa..............


Amboi boi, cuti 3 hari liat nak kejakan. tahu takpe.Terasa penat plak hari ni , nak keja pun malas, mana tak penat semalan sehari suntuk berjalan, bukan jalan mana pun, pegi umah yuyi . Aku ni memang cam tu kalau berjalan penat, duk lepak kat umah tak penat.kui kui kui . Nak duk umah, cam boring sebab suami aku tak de gi mancing, tu yang bila yuyi call nak datang, aku gigih gi ikut dia .

Tahun ni aku dapat daging korban, ada budak hantar ke rumah. Tahun lepas dorang bagi kupon suruh collect daging, kalau cam tu jangan haraplah aku nak gi ambik, mungkin cara berkupon tak dapat menambat hati orang nak ambik daging korban tu, tahun ni dorang hantar sendiri ke rumah-rumah. Tak kita tak orang , bila membabitkan bab makanan ni , rasa malu plak nak gi ambik, walaupun dorang dah bagi kupon.Itu pendirian aku, orang lain aku tak tahu plak.

Setiap tahun daging korban yang aku dapat aku bagi kat jiran atau kawan, sebab suami tak makan. Tahun ni dia cam nak makan plak, tu yang dua hari ni aku gigih masak daging tu., nak habiskan cepat , tak moh simpan lama.


Daging tu aku grilled , sebelum grill aku perap selama 2 jam :)


madu 2 sudu besar




1)1/2 sudu besar jintan manis, lada hitam dan jintan putih dikisar kering
2)3 ulas bawang putih ngan merah, 1 inchi halia ngan 1/2 inchi kunyit hidup dikisar kering
3) 1 sudu besar sos tiram
4) sedikit kicap cair



Anggaran 1/2 kilo daging lembu dihiris nipis.



Gaulkan daging ngan bahan perapan, perap selama 2 jam, kalau nak lebih lama pun boleh gak.


Grilled hingga masak atas kuali(kalau korang ada non- stik pan boleh gak), jangan lupa balik-balikkan.Terpulang nak separuh masak atau masak sepenuhnya. Spesis aku suka yg separuh masak.


Jeng jeng daging grill berjintan- nama resepi baru je cipta.kui kui kui


Cadangan ; makan ngan nasi panas bersama sayur goreng.tedap


Resepi kedua, baru je dicpta, nasi goreng daging berkunyit. Kunyit hidup boleh membuka selera.



Nasi setengah mangkuk , lebihan nasi malam , habis tu pagi dah lapar, warung nasi lemak kuih muih masih tutup , haruslah pepagi buta kedekung kedekang wat nasi goreng. kui kui kui

1)bawang merah 4 ulas , bawang putih 3 ulas, 1/2 inci kunyit hidup -kisar kering
2)6 tangkai cili kering dikisar kering
3) 1 sudu besar sos tiram
4) 10 keping hirisan daging




Jemput makan, lapaulah.



Sekirannya cadangan ni tak membantu, daging korban yang korang dapat tu, masaklah ikut sukati korang. Habis cite.kui kui kui.




jumpa lagi cau cin cau...................

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina