Tuesday, March 22, 2011

jom ronda ronda-kronologi yang tepat

Salam hari selasa..........................semoga hidup korang best dan happy bersama family dan sahabat tercinta...

Kalau korang dengar Melaka, mesti dalam hati korang cakap, macam tak pernah pegi Melaka sampai teruja cam tu. Memang aku teruja nak pergi Melaka, korang tahu kenapa? sebab

1) Pertama kali aku ke Melaka pada tahun 1981, itu pun merngek-rengek ngan arwah mak nak ikut rombongan sekolah. Mana tak teruja , setiap kali belajar sejarah Melaka dan Parameswara mula hati melonjak-lonjak nak ke sana. Parameswara(1344-1414) dipanggil Iskandar Shah atau Sri Majara adalah anak raja dari Temasek.

Masa tu susah, bayar RM10 untuk rombongan rasa dah mahal sangat. Pujuk punya pujuk, akhirnya dapat gak pergi. Segar lagi dalam ingatan ni, subuh sepei, mak dah bangun masak nasi ngan kari ayam sebagai bekalan aku nak ke Melaka. Arwah mak hantar ke sekolah nak tunggu bas rombongan, sebelum tu singgah ke kedai cik Minah beli kuih bengkang ubi tuk aku. Mak baik hati dalam susah, dia bagi RM10, tuk aku beli apa yang berkenan bila sampai Melaka. Cukuplah buat aku beli tabung bolat dari tempurung kelapa. he he he.Pelik ye, apasal memori aku kuat ingat kisah tu. Tak nak taip banyak-banyak kisah arwah mak, boleh nanges ooo.


2) Pada tahun May 2009 . sila intai kat sini, masa ni kali kedua aku ke Melaka. First time berblog, aku tepek gambar pun kecik je, ngan cerita yg seringkas habis. Itu pun sampai Melaka dari PD lebih kurang pukul 9 malam. Wah cam nak gugur jantung aku ni tengok Melaka. Bayangkanlah selepas 28 tahun, aku come back ke sini mestilah Melaka dah banyak berubah. Dapat teruja sekejap je,sebab kena berangkat balik tengah malam tu gak, memandangkan suami aku tak ikut dan dia pulak malam tu baru balik dari laut memancing. Itu yang cepat nak balik ke rumah.

3) Hari sabtu 19/3/2011 pergi lagi ke Melaka, nak melunas kan janji-janji lepas. Sampai lebih kurang pukul 8.30 malam.

Jom tengok gambar yang tak berapa nak jelas.




Jonker walk yang sentiasa sibuk.



Teruja tengok beca ni kat blog Doc.Hani, cuba nak naik, dia charge RM20/beca , tapi kesian bila aku pandang yang tukang kayuh, lepas tu aku pandang plak badan aku, mahu patah beca tu, sekali 3 orang naik termasuk yuyi ngan Firdaus. Tukang beca puas pujuk, aku cakap "kesian ngan pakcik, bukan apa takut , basikal pakcik patah nanti." Dia senyum je. Suami aku yang ambik gambar ni.



Gambar anjing kecik ni comel, aku salah paham ingat ambik gambar ni kena bayar, sebab aku nampak dia tulis cam tu kat satu kertas. Rupanya bayar, kalau kita ambik gambar berpelukan ngan anjing tu.kwang kwang



Motip suami aku ambik gambar ni, sebab cantik kot.



Apa yang penting kerjasama , dapat naik kapal dagangan membawa rempah ni yang menjadi pujaan aku.



Di situlah Jambatan Hang Tuah, kalau korang tak nampak Hang Tuah lalu , tak tahulah aku nak kabau lagi.



gambar sama yang kat atas ke?aku ni sengal ubi, tepek je tak ikut susunan.



wow wow merry go around cam kat Disneyland .



Lagi Disneyland.



Homestay kat tepi sungai Melaka.




Terselit plak gambar bulan yang mengekori kemana saja aku pergi. Korang ada ke bulan ikut?



Berapa kalilah Jambatan Hnag Tuah ni?



Tempat naiknya saudagar rempah.



Saudagar yuyi ngan PM .cam nak terlelap je mata PM tu.



PM tengar berpikir cam mana nak memesatkan lagi Pelabuhan Melaka seperti dahulu kala, sebagai Pelabuhan yang paling termasyhur dikalangan saudagar asing.



Sepanjang Sg. Melaka.



Cian keletihan, tapi masih mahu melihat sekeliling.



PM letih, dah habis melawat dearah jajahan.



Tiket Dewasa



Tiket kanak-kanak

Tiket jadi bukti aku ke Melaka naik kapal besar.yeah yeah.



Senyum Tapir : Jom kita buat rombongan ke Melaka, korang rasa dapat tak RM10 lagi pergi Melaka cam tahun 1981 first time aku ke sana?. yeah yeah.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina