Wednesday, March 30, 2011

nak letak lambang apa ni...

salam .....semoga semua pembaca sihat walafiat...

Maaflah blog ni tak berupdate kerana sibuk sana sini.


Cerita pasal jemputan lepas. Aku paling menyampah kalau menghadiri jemputan untuk penyerahan sumbangan samada dari kerajaan atau pembangkang, turut ada sekali pihak wartawan.Kenapa perlu ada liputan?



Wartawan dari mana aku kurang pasti ke hulu ke hilir ngan kamera.Lega, aku dah berjaga dari awal agar tak kena lensa kamera dia. puas dia cilok sana sini nak gak ambik gambar, aku pun cam minah rempit mencilok sana sini, akhirnya dia hampa sekali lagi bila aku tutup muka ngan tisu.ha ha ha. Aku bukan orangnya yang ko boleh jadikan bahan publisiti.






Maafkan gambar blur-blur. Kenapa setiap kali dorang nak menyerahkan sumbangan, mesti dorang cakap yang dorang yang bagi, selama dorang tak tahu ke , itu duit rakyat. Sebenarnya rakyat lagi berkuasa dari pemimpin, sebab pemimpin dipilih oleh rakyat. Suka je pemimpin tu menyebut yang duit sumbangan yang dorang bagi tu dari dorang.Itu semua duit rakyat, jadi ko kena bagi hasilnya pada rakyat.

Selalunya bila pemimpin sama pemimpin bergaduh yang jadi mangsanya rakyat. Sekarang rakyat dah cerdek, tak dengar atau baca bulat-bulat. Mereka dah boleh pikir ngan waras. Para pemimpin tak habis-habis buat lawak bodoh.

Setelah mengadakan perbincangan secara 4 mata ngan anak perempuan Datuk Rahim, Flora , maka ngan ini satu kesimpulan dapat dibuat, kedua belah pemimpin dari parti yang beransingan memang sengaja buat propa. ha ha ha

tip top

1)Kalau nak mengadakan jamuan untuk rakyat , sila pastikan bagi jamuan makan dulu, baru berikan sumbangan. Kalau ko bagi sumbangan dulu, dah garenti semua yang terima tak tunggu jamuan makan.

2)Pastikan lensa kamera tak de. mencik

3)Sumbangan yang ko beri tu hak rakyat, ko tak payah cakap yang ko kasi.



Akhir sekali , jom buat parti sendiri guna lambang lain.ha ha ha . oooo yang penting sekali tv aku dah rosak lebih dari 4 bulan, jadi aku tak payah nak tengok lakonan pemimpin pemimpin semua.oooo bahagia.......aku cau dulu, sibuk kat opis ada peralihan pemimpin gak.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina