Thursday, March 24, 2011

Kos rendah

Salam petang khamis.......................... semoga korang dan family berbahagia dan sejahtera seadanya.





Gara-gara sekotak tepung ni, aku merajinkan diri nak buat kek pisang yang paling sempoi.Tepung ni Hari Raya last year company bagi untuk pekerja yang berugama Islam. Memang setiap tahun company tempat aku kerja akan bagi pada kakitangan syarikat 3 kotak tepung, 2 kg minyak Sri Murni ikut perayaan individu masing-masing. Tepung yang aku dapat dah habis guna, ni kawan seopis, almaklumlah bujang, tak tahu nak wat apa ngan tepung, jadi dia kasi kat aku.



Balance pisang , buat muffin hari tu. Resepi kat geng jelita ngan kat link belah kanan kat blog ni pun ada.



Cuma kali ni, aku tak bubuh butter, sebab butter dah habis. Aku gelidah fridge ada shortening, bantai je. Shortening tu aku cairkan.



Dah siap mengadun, tinggal nak masuk oven je.




Tamak mengusai diri, sampai dua bekas sekali masuk.



Lihatlah kegebuan kek pisang aku yang tak mengunakan kos tinggi.


Ruangan peribadi : kek yang menjadi peberet aku hanya cheese cake ngan kek pisang je.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina