Salam hari sabtu.................
Selamat berhujung minggu bersama family tercinta , sapa yang keja cam HKL,nasiblah.kah kah kalau kak limah terbaca statement ni mesti dia mengilai sambil terbang atas pokok ara..he he he he .
Tak jadi plak mencucur pagi ni, akhirnya menasi lemak plak, senang boleh bawak sampai ke malam, sambal ikan bilis yang ada tu , boleh gak buat cicah lempeng, kalau terlebih rajin nak wat lempeng plak petang nanti, mana tahu.
OOOOO dah lama tak bebel kat sini kan, aku teringat nak tulis benda ni, sebab teringat ngan keluhan sorang budak blogger tu, tak naklah sebut nama dia. Dia pun bukannya apa, sekadar meringankan otaknya yang dah tak tertanggung setiap kali baca komen blogger tu. Mana tahu selepas dia lepas kan aku , kurang sikit beban dia . Aku boleh dengar dan bagi nasihat serba sedikit tapi kalau nak apikan suruh dia bermusuhan ngan orang tu, aku bukan orangnya. Pendapat yang aku bagi pada orang mengadu masalah pada aku kebanyakkannya pendapat positive, kurang sangatlah yang negative. Aku tak suka kalau kita sesama bangsa dan agama bermusuhan sebab perkara remeh temeh
Kita tahu sendirikan yang blog adalah seperti diary harian pada setiap blogger. Ada gak orang buat blog tuk luahkan pendapat, tak kiralah pasal apa pun. Ada gak blog yang suka tepek apa yang dorang beli, cerita pasal family dorang termasuk anak-anak dan suami . Sukati doranglah , blog dorang, kalau rasa kita tak suka , cau jelah jauh- jauh. Kekadang tak suka, tapi kita nak gak mengomen, komen kita plak menyinggung perasaan orang tu. Apa yang kita dapat?puas ke?
Aku plak suka cite pasal masak-masak, kekadang pasal family skit-skit.. Banyak gak resepi ikut selera tekak, aku tepek kat sini. Jadi kalau kita sebagai pembaca atau pengomen haraplah sekiranya menghormati pemilik blog tu. Kalau dah baca sekiranya nak mengomen tu, komenlah ngan penuh berhemah. Kita ni bukan nak suruh orang komen puji-puji, cukuplah sekadar komen tu tak menyinggung perasaan kita atau buat kita termuntah bila baca.Kalau cam aku ni tak pelah dah makan berpuluh kilo garam kalau cam budak blogger tu, cianlah dia tak pernah jumpa blogger cam tu.
Contohnya aku termuntah bila baca komen tu - aku keraplah tunjuk kat sini masakan tu, sebab family aku suka , dia pun kena paham ini blog aku sukatilah, aku rasa dah 4 kali aku baca komen dia tetap kata yang dia tak suka makan benda alah tu. Kenapalah bengap sangat, cukup cukuplah, komen sekali pun aku dah paham ko tak suka makanan tu, kenapalah setiap kali aku up masakan tu , dia komen yang sama. Kang aku kumpulkan komen dia buat satu cerita , baru padan ngan muka dia.Please ye , biarpun aku tak reply komen, tapi komen korang tu aku baca dan semat dalam kepala hotak. Aku ni tak suka makan semut sebab tu ingatan aku kuat sikit.kah kah
Pada pandangan aku kalau dah tak tahu nak komen apa, lebih baik duk diam-diam kat blog sendiri. komen kelakar-kelakar pun aku tak meluat cam komen gedek atau kak chik, boleh gak wat aku ketawa sorang-sorang bila baca. Kasihan budak yang yang meluahkan perasaan kat aku tu, memang aku dah baca komen siblogger yang perasan bagus tu, sah sah komen dia semua komen berunsurkan cemburu. Pelikkan dah cemburu maksudnya tak suka ngan blog tu, still nak menyemak, sedangkan dia blogger baru nak dibandingkan budak tu dah lama berblog .
komen-komen yang berunsur cemburu dari blogger baru tu kebelakangan ni menyemak kat tempat aku ngan budak tu. Nak tumpang glamer biarlah bertempat. Bukan nak cakap aku femes, bolehlah nak di bangga ngan unik visitor aku yang beratus-ratus sehari , kalau pegi blog yang ala-ala tu de lah aku poyo berlagak, still bagi muka lagi. Aku puji je, kalau aku rasa patut dipuji.Kenapalah dah besar tapi tak tahu cam mana cara nak bercakap atau mengomen kat tempat orang. Lepas up cerita atau mengomen, aku pastikan baca balik beberapa kali sebelum publish , aku takut sekiranya komen atau cerita aku tu menyinggung perasaan orang.
Tak pelah lepas ni budak tu dah tak kisah,sebab aku dah nasihatkan dia, buat je hiburan manusia cam tu. Anggaplah cam kita pegi zoo, tengok monyet tengah makan pisang sambil lompat-lompat, lepas tu kita plak sengeh-sengeh pandang monyet tu.
Jom menasi lemak pagi tadi...........................ayat jangan cuba tiru salah disisi undang- undang bahasa. kah kah kah
Kali ni aku bagi tips je , kalau nak bagi resepi pun tak berbaloi , semua orang dah pandai buat nasi lemakkan.
Masak nasi lemak semua orang pandai, tapi aku suka kalau dapat belajar buat nasi lemak ye.
Nasi lemak ada pantang, tak boleh kacau selagi dia belum kering-atau kalau guna rice cooker -keep warm, lepas keep warm baru boleh kacau kemudian biarkan dalam keadaan keep warm supaya dia masak sepenuhnya.Kat rumah ni kalau masak bubur atau nasi lemak aku guna beras wangi sebab sedap dan tak perlulah nak letak lebih santan.
Jangan lupa buh garam sebelum masak nasi tu. Buh daun pandan dan seinci halia tuk beri aroma pada nasi lemak tu . Bila nasi lemak dah masak, buangkan daun pandan tu bagi mengelakkan kaler hijau daun pandan turun ke nasi kalau dibiarkan terlalu lama kat dalam nasi tu.
Kalau guna beras wangi, cantiklah sikit nasi lemak tu.
Timun tu rendam ngan garam supaya sentiasa segar dan hijau hingga ke malam.
Dah rendam, basuh , kupas kulit, hiris sederhana nipis.
Telur direbus guna api sederhana.Buh garam sedikit dalam air, supaya senang dikupas nanti. Guna api sederhana bagi mengelakkan telur tu terkejut, tak delah hasil telur rebus jadi herot berot. Insyaallah.
Telur dibelah dua
Kat rumah aku ni kalau makan nasi lemak mesti ada ikan bilis goreng terutama Firdaus tak boleh tinggal ngan ikan bilis goreng. Abaikan tempe balance hari tu aku goreng sekali, sedap gak layan ngan nasi lemak.
Simpan ikan bilis dalam bekas kedap udara, yang selebihnya nak buat sambal .
Bukannya tak boleh buat sambal guna belacan, tapi kalau boleh biar belacannya sikit je, supaya tak delah sambal kita lebih rasa belacan. Tak kira apa-apa pun biar quantitynya sederhana banyak , contohnya bawang, kang terlebih bawang jadi sambal bawang plak. Aku masih belajar dan tak jemu nak belajar.
Paling penting nak bagi sambal kita sedap, tumis cili kisar biar sampai naik bau dan pecah minyak .Lagi lama lagi sedap. Last sekali baru buh asam jawa, dah buh asam jawa biar lagi , hingga benar -benar hati korang puas. kah kah .Jangan lupa buh sedikit gula garam , perasa, supaya rasa sekata.
Sambal ikan bilisku
Tuk suami.
Biasalah budak yang suka makan nasi, tak kiralah , janji nasi.......
Fikir-fikir dan renungkanlah apa yang ingin aku cuba sampaikan , kita hanya hamba Allah SWT yang lemah, janganlah kita terlalu bongkak , tamak, sombong, kedekut ilmu, satu hari tempat kita semua , di tempat yang sama "dalam tanah , hanya dibaluti kain putih yang tak berjahit".