Salam hari Jumaat....................
Bertemu lagi dihari Jumaat penghulu segala hari. Sebelum aku bercerita panjang lebar tentang kek coklat, aku nak ambik sikit masa korang, untuk luahkan ketidak puasan hati aku pada sorang budak kat opis ni . Dah lama sebenarnya aku nak luahkan, tapi belum ada masa yang sesuai, rasanya hari ni lah masa yang sesuai, kebetulan petang semalam dia ngadu, putar cream cheese tak kembang gara-gara aku salah bagi resepi.
Resepi yang aku bagi , cream cheese diputar ngan 50 grams gula castor, dia bantai putar ngan 1 cup gula castor (250grams) dah lah salah tengok resepi, berani plak nak menuduh orang salah bagi resepi.Aku bukanlah jenis orang yang boleh terima teguran, tapi kalau teguran jenis cam tu, kucing tidur pun terbangun. Pandai ambik resepi , kalau dah salah tu, datanglah secara elok bertanya, aku pun tak hangin.Fikirlah ngan logik akal, kalau betul aku buh salah resepi pun, yang ko membuta tuli ikut sapa suruh, ikut logik akal cream cheese 250 gram putar ngan gula lebih dari 100 grams memang tak akan kembang, turun adalah.
Awak tu belajar tinggi ada degree ,keja pun bahagian bakery, tak kan tak belajar teknik dan basic tu semua nak banding ngan aku yang belajar setakat SPM je. Masa ikut resepi kita, menjadi tak de pun nak ucap terima kasih, bagi rasa jauh sekali, bila resepi tak menjadi, kita plak dilasernya. Ingat dalam kepala hotak tu, sampai bila-bila, 250 grams cream chease tak boleh kembang atau gebu ngan cantik jika diputar ngan lebih dari 100 grams gula castor.

Masa dia cakap ngan aku tu, aku urut dada je, buat bersabau, kalau ikut hati, nak je aku b***hkan, tapi malaslah sebab kat opis.Mulut aku ni kalau bagi sedas mahu tepat kena jantung, takut dia terus pengsan kat situ. 2 minggu lepas dia ngadu cheese tart dia tak jadi, ikut resepi aku, beberapa hari ni dia melompat cam monyet, katanya cheese tart dia dah jadi, hari tu tak jadi sebab dah salah cara , gara-gara tak baca resepi aku sampai habis.
Aku tak faham jenis-jenis manusia cam ni, dah disuap ke mulut, banyak plak ragam ngan keranahnya. Teringat plak semalam, aku ada terbaca komen sorang perempuan , umur lebih kurang 30 an dalam satu page masakan , bunyinya cam ni
"Saya ambik resepi bubur jagung kat sini , semalam saya buat bubur jagung , ikut resepi tu, manis sangatlah , kalau nak bagi resepi janganlah main-main".
Nak ketawa pun ada ngan komen tu , umur bukan muda lagi, bubur jagung termanis salahkan orang yg bagi resepi. Bukan ke, kalau kita buat bubur jagung tak kisahlah waima apa jenis bubur yang mengunakkan gula, lidah kita sendiri yang kena rasa . Kalau cam tu dalam resepi suruh buh seguni gula, kita buh seguni ke? Fikirlah logik sikit , Allah SWT dah kurniakan akal fikiran , gunakan lah ngan sebaik mungkin.Kita yang bagi resepi berniat ikhlas nak membantu sesama manusia, kalau dah cam tu keranah manusia, takut niat kita jadi tak ikhlas plak.
Maaflah terpanjang skit ceramah pagi ni , jom layan kek coklat seperti yang dijanjikan semalam.
Sediakan 2 bowl
cairkan butter 200 gram
Sukatan aku guna cup cam dalam gambar.
Bowl pertama ;
campur 1 /1/2 cup tepung naik sendiri ngan 1/2 cup coco powder(yang diayak terlebih dahulu) ikut logik ye, kalau guna salted butter cam aku guna ni tak yah buh garam, kalau guna unsalted, buh lah sedikit garam .
Bowl kedua ;
Resepi ni aku guna logik akal, kalau guna coco powder , nak sedap kena tambahkan fresh milk ke dalam adunan sebaliknya kalau guna cooking chocolate tak payahlah tambah fresh milk, sepertimana yang kita ketahui cooking chocolate rasanya dah memang lemak berkrim sebab kandungannya memang dah ada milk.
berbalik pada bowl kedua ye, handwhisk butter cair + telur 3 biji, gula castor 1 cup + 100 ml fresh milk + sedikit essen vanilla.
Curahkan bahan dalam bowl pertama ke dalam bowl kedua, handwhisk hingga adunan sebati.
1)Terlebih dulu panaskan oven 170 celcius
2)sediakan loyang atau springform pan yang dilenserkan ngan majerin
Kalau tak suka bakar, kek ni pun boleh dikukus, pastikan tutup loyang ngan alumnium foil supaya tak masuk wap.
Kalau tak suka bakar, kek ni pun boleh dikukus, pastikan tutup loyang ngan alumnium foil supaya tak masuk wap.
Bakar selama 30 minit-kena tengok keadaan oven masing-masing ye, jangan plak dah kek dah dekat hangus,oleh kerana ikut resepi aku 30 minit , bantai biar sampai 30 minit. sila ikut logik akal.
Sedikit merekah abaikan , nanti kalau dah make up, cantiklah dia. Biarkan kek sejuk.
Step nak buat topping.
Dalam periuk 1/2 cup coco powder(yang dah diayak ) +sesudu besar butter + plus 100 ml fresh milk(nak memberi rasa lemak pada topping sebab kita tak guna cooking chocolate-ikut logik akal ye) + castor sugar 1/2 cup dikacau perlahan guna api sederhana, hingga sebati da berkilat.
Topping yang akan dicurah atas kek.
Tak menyabar terpotong dulu plak sebelum ambik gambar.Kalau nak lebih cantik , taburkan chocolate rice atas topping.
Cubalah , sedap, budak-budak suka.
Teringat peribahasa "TAK PANDAI MENARI JANGAN SALAHKAN LANTAI TINGGI RENDAH"
KEJAYAAN ADA LAH HAK MILIK SETIAP INSAN-SILA PERCAYA
Teringat peribahasa "TAK PANDAI MENARI JANGAN SALAHKAN LANTAI TINGGI RENDAH"
KEJAYAAN ADA LAH HAK MILIK SETIAP INSAN-SILA PERCAYA