Friday, October 7, 2011

I like grilled chicken, fish,and lamb sebut 10 kali sambil tarik nafas.dapur aku mesra pembaca..........

Salam hari jumaat penghulu segala hari..................

Dah sebut ke belum I like grilled chicken, fish, lamb 10 kali.kah kah . Dapur aku mesra pembaca tau bak kata gedek hari tu dalam majalah world. Apa yang aku masak kat sini semua aku dah cuba dulu dan terbukti sedap, sajakan nak meriak puji diri sendiri, habis tu nak dengar suami  puji, lambatlah nampaknya, yang aku tahu kalau sedap dia akan makan sambil tersenyum-senyum cam dia makan grilled chicken aku  malam tadi.

that isi chicken ahh when you grill,ahhh the isi juicyyy. my hasben smile smile and show the ibu jari (omputih salleh yaacob)terjemah sendirilah.

Jom gi dapur...........



Gaul sedikit garam kat terung ngan tomato kemudian goreng dalam minyak yang banyak dan panas.



4 biji cili basah kisar bersama 4 biji banwang merah kecik. Ikan bilis segengam basuh, perah kemudian kisar kering. Mangga 1/2 mangkuk kecik hasil dari mangga yang dah terlebih masak.



Tumis cil kisar hingga pecah minyak , kemudian masukkan ikan bilis kisar. kecikkan api masa menumis.Bubuh mangga tadi bersama sedikit air. Buh garam sebagai penambah rasa.Angkat , curahkan atas terung ngan tomato yang dah digoreng tadi.



Jeng jeng terung ngan tomato goreng cili bermangga(sukatilah sendiri masak sendiri reka nama)bak kata suami ,"lantak kolah nak reka apa pun masakan janji boleh makan".



Bahan -bahan tuk perapan. Serbuk Paprika tinggal last kopek(tuk menambahkan pedas pada grilled chicken) nasib baik ada , suami aku lah  duk  bantai buh dalam mee segera.



sayalah dried rosemary.



3 ketul  agak kedadaan ayam aku perapkan ngan sedikit mix herb, rosemary, low fat yogurt, black pepper sauce(selalunya aku guna Worcestershire sauce) , paprika, sesame oil/olive oil ahhhhhhh minyak masak biasa pun boleh kalau dah tak de sangat.Jangan lupa perahkan sepotong lemon juice untuk make the isi ayam can juicy juicy one(omputih saleh yaacub)



Perap dalam beg plastik ,paling sekejap 5 atau 6 jam, yang ni aku perap semalaman.Biasalah isteri yang bekerja cam aku , balik pun matahari dah nak terbenam , kenalah masak yang simple -simple je. Pada isteri -isteri yang bekerja , kalau rasa nak senang , boleh perap dulu ayam, ikan atau daging , balik rumah tinggal grill  je. Benda -benda diperap ni tahan lama, waima buh kat esbok bawah.



Time nak grill , buangkanlah kulit lemon tu. Grill guna api sederhana.



Kena rajin balik-balikkan ye murid -murid. Dalam 25 minit grilled  ayam masak sepenuhnya, boleh dihidangkan bersama nasi.Kalau sapa yang tak suka makan nasi, boleh makan ngan salad & red pepper ngan mango salsa(next time ye resepinya)



Senyuman yang menawan kalbu sebab dapat makan ayam , ciss buat aku geram je bila teringatkan kacang kuda.




Okey , selamat berhujung minggu, rajin-rajin masak ye, sekarang ni musim cirit birit dan muntah. Kalau kena kat kita tak pelah sangat, takut kena kat anak -anak. Musim penyakit cam ni kena pastikan bila masak air kena betul -betul mendidih. Aku tahu ramai yang tak masak air sebab ada penapis kat rumah , nasihat aku masakkanlah air tu, masa tengah ramai yang  dapat cirit birit dan muntah. ni...

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina