Tuesday, October 4, 2011

"Semasam belimbing buluh" mengisi slot rancangan masakan chanel baru, terima kasih waqheh

Salam hari selasa


Saja nak beritahu yang aku ditawarkan mengisi slot masakan "semasam belimbing buluh" salah satu rancangan masakan yang ke udara di chanel berapa aku kurang pasti, kalau nak tahu lebih lanjut tanya ngan tuan punya stesyen tv kat sini.



Merujuk pada komen ko , cik ina bersetuju sangat nama "semasam belimbing buluh" oleh kerana mengingati kali pertama ke udara cik ina setuju nak sajikan sambal belimbing buluh sebagai pembuka rancangan, orang kata kira onglah.onglah sangatttt.

Jangan marah cik ina selitkan anak cik ina yang busyuk masam tengah demam hari tu ngan sup ayam sebagai juadah utama orang sakit cicah ngan roti sedap. tetiba je roti sedap, naik sakit tekak.....




kerna terpaksa beli nak cicah ngan sup ayam.



sup ayam, resepi kat sini.



sayur dalam sup ayam tu.



Muka orang dah sihat.Insyaallah



Muka masih sakit

Semasam belimbing buluh ye, ambik koooo



Cili api campur cili basah, kira ye jangan tak kira.



Aku suka buh belacan sikit,jangan lupa goreng atau bakar dulu.



10 biji belimbing buluh masak ranum yang dah dipanaskan.




Cara pemanasan= Masukkan belimbing buluh masa periuk nasi menunjukkan keep warm .



Kisar atau tumbuk cili hingga lumat , kemudian buh belacan. Bila dah lumat baru buh belimbing tadi. Perasakan ngan sedikit gula ngan secubit perasa.Tak habis sampai di sini...



Buh minyak dalam kuali, gorengkan sikit sambal tu, agak -agak dah naik bau, bolehlah diangkat.



Jangan lupa tontonlah "Semasam Belimbing buluh" waktu siaran belum confirm , korang tanyalah tauke stesyen tv tu.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina