Hai follower yang baik hati..............aku suka sangat korang follow blog Hijau itu Indah dan Permai, dah namanya blog , mesti ada yang followkan. Buat blog ni nak happy happy bukan nak cari musuh, tak pandailah mak nak cari musuh-musuh ni.nak teriak teriak jerit jerit.
Hari ni makcik tua nak up entry anak belanja makan dihujung minggu. Tak kan Kak ros nak belanja kot.
Seisi family (5 orang je) makan tengahari di seafood(tempat biasa)
duk makan sambil cuci mata ngan nengok kapal-kapal besar. lagi satu boleh cuci mata nengok amoi-amoi yang pakai senteng dan menjolok mata, sampai suami aku pening ngan keranah aku ngan yuyi
"his korang ni tak de kerja lain ke? asyik nengok perempuan je"
"nengok laki apa ada" Jawab aku selamba
"Berlagak lah kalau lelaki pakai menjolok mata , orang kata gila.Bila perempuan pakai cam tu boleh plak" sinis je bunyi suami aku.
Suami ku yang ganteng.
Anak lelaki ku bersama Firdaus yang tak suka nak makan mee.Tetap nak order nasi goreng cina.muka protes
Semua order fresh orange.
Mee hailam mengunakan mee udon. Ada lagi yang diorder kueh teow goreng lala ngan nasi goreng cina lupa nak snap gambar sebab duk sibuk pandang orang.
Shark fin ni yuyi yang teruja sangat, aku idaklah.
Aku pun tak tahu motip yuyi order udang goreng ni, lainlah kalau makan nasi. sukahati dialah.
lala ke kepah ada kat dalam tapis ni.
ayah anak meninjau-ninjau akuarium ikan yang ada kat situ.
Restoran yang dikelilingi pokok kayu bakau, bukan kita bako kita bako je....ekekek
Makan-makan selepas tong gas hilang, haruslah tak masak............
Firdaus forever nasi goreng cina.
Kueh teow goreng ni aku yang punya.
kueh teow goreng pilihan yuyi gak.
Resit bayaran tak payah tunjuk ye, cukuplah hanya Allah SWT sahaja yang tahu kebenaran , kejujuran dan keikhlasan aku. Orang lain nak percaya cerita aku ke tak, sukati.
Prinsip aku waima ngan kawan atau family senang je "Tak perlu ragu orang lain meragui kita selagi kita tak meragui orang lain" Aman dunia.