Monday, April 18, 2011

Bosan

Salam hari senin......................malas sangat nak keja sebab aku deman dan cerry berry hari ni, tapi terpaksa pegi gak ada keja yang mesti dibereskan hari ni.

Semalam hari minggu masak bubur nasi makan ngan telur dadar dan sambal kering kentang ngan ikan bilis, sebab dah bosan tak tahu nak masak apa.




Kali ni special sikit guna cili kering ngan bawang merah kecik diblender kering. Terasa kelainanan rasanya. Resepi ciloklah kat sini.



Hari ni kentang dipotong nipis sikit.



Syarat yang paling penting nak sambal yang sedap, kena tumis cili sampai naik bau dan pecah minyak. Kalau guna cili yang diblender kering masa tumis kena kecikkan api, kalau tak cepat hangit. Masa tumis jangan lupa bubuh air sikit.



Sambal yang mabeles makan ngan bubur nasi.



Telur dadar saja buat geli-geli. Sebenarnya aku takut guna perkataan geli-geli ni, ada mamat rock yang konpius. Aku harap dia paham selepas aku explain dulu.



Makan bubur nasi sebelum akak ngan abang datang adalah tak sedap bagi Firdaus.Nampak tak muka cam toya.



Muka sempudal boleh cakap bubur nasi ni tak sedap.



Dia ni cam tahu-tahu je aku teringat kat dia. Biasalah dah namanya anak, sebulan tak jumpa rasa cam setahun. Dia ni pun pandang sebelah mata je ngan bubur nasi ni, bila dah start makan tak boleh berhenti. Biasalah mak masak.



First time aku nengok orang makan bubur nasi ngan tangan. Dia ni pun sama gak pandang sepi ngan bubur nasi ni, lepas pekena ngan sambal ikan bilis kentang, laju je bertambah. Masa suami aku makan tadi, dia suruh aku simpan dalam fridge sebab dia nengok tak de orang jamah. Selamat lepas dorang makan, habis semua sambal tadi.



Budak yang happy dan boleh makan bubur nasi ngan banyak bila abang dan akak dia datang. poyo.

Biasalah lauk sikit pun kalau dah makan ramai-ramai sedap je.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina