Saturday, April 2, 2011

makcik over the river

Selamat merehatkan minda dan fizikal dihujung minggu bersama family...............



Pagi lebih kurang pukul 8, aku pergi cari sarapan kat makcik jual nasi lemak depan rumah. Rumah dia ngan aku tak sampai pun 200 meter.. Hari sabtu cam ni , ada gak yang kerja, tu yang aku bagi can dorang beli dulu. Dapatlah aku duk lama sikit , sambil perati -perati orang, time kerja masa terhad.

Masa aku sampai kat situ, ada sorang budak perempuan pakai tshirt ngan seluar track merah sendat menampakkan susuk tubuhnya yang gempal. Tshirt dia plak pendek, jadi semua alur-alur yang tersembunyi kelihatan. Aku tak ambik port, lantaklah dia nak seksi cam mana pun bukan ada kena mengena ngan aku. Aku tumpang meleleh je.ha ha ha

Bila budak tu belah je, makcik jual nasi lemak, cakap kat laki dia, "cubalah pakai elok sikit , tak malu betul, pakai ketat-ketat cam tu, " laki dia tak de respon , biasalah orang lelaki mana nak sibuk pasal orang. Lepas laki dia bolayan, da bebel kat aku plak pasal budak tu. Aku pun bolayan gak.


Dah habis kisah budak tadi, dia nampak plak ada kereta lalu, ada budak kecik duduk kat tepi cermin tingkap sambil lambai-lambai tangan keluar . Makcik nasi lemak bebel lagi"apa nak jadilah , berani betul biarkan budak kecik duduk kat tepi tingkap." Bab tu aku memang sokonglah, tak bagus tuk keselamatan. Aku ingat dah habis sampai situ, sambung lagi.

"Biasalah anak dia 7 orang , tak kisah pun kalau sorang mati, nanti boleh beranak lagi. Beranak banyak buat apa, quality tak de. ko tahu na? anak dia form 1 dah tak sekolah." Laki makcik tu mencelah, "tak payah nak sibuk-sibuk hal orang, biarlah mak budak tu tak cakap apa-apa pun."

Dia tak pedulik pun laki dia sound cam tu. Kalau setengah orang, suami dah sound cam tu , dah tak moh pok pek lagi, ini tidak sambung lagi, "na ko tengok tu (sambil tunjuk budak lelaki keluar dari rumah bujang sebelah)tu anak dialah, baru form 2 dah tidur kat rumah orang. Anak dia darjah 6 pun cam tu. Dengar bunyi azan subuh baru sibuk nak melelapkan mata, bukan tahu sembahyang."

wei wei wei kalau dah masuk bab agama ni, mula malas nak layan, aku suruh dia kira yang aku beli tadi, sebelum balik sempat aku smash dia, "cik, betul gak cakap pakcik, mak bapak dia tak kisah, buat apalah cik nak risau hal anak dia." Aku pun cau, kalau tunggu lama lagi, mahu satu kampung punya cerita aku dapat tahu.

Dalam Islam, bukan kita tak boleh menegur orang, tapi kena cakap ngan orang tu sendiri, jangan sampai orang lain dengar. Nak bagi teguran pun jangan sampai orang tu kecik hati. Kalau dah tak mampu nak tegur, benci dalam hati je.Kalau ko cakap ngan orang lain, itu maksudnya ko dah memalukan dia, dah kira mengumpat tu.



Ruangan perbadi : pelik!!! aku dengar sendiri dari mulut makcik tu "Acik suka dengar takzirah dari surau berhampiran sambil bungkus nasi lemak ni. Masa tu kebetulan kita tengah duk cerita pasal pembesar suara kat surau rosak.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina