Salam hari Jumaat.....................
Cite popeye bestkan, sapa tak suka tengok cite popeye angkat tangan.....
Dulu aku ingat spinach (bayam) yang popeye makan tu serupa cam bayam yang selalu aku masak, rupanya tak . Bayam ada bermacam jenis.
Post Options
ni dia spinach yang popeye makan tu.
Semalam aku pegi pasar malam ingat nak cari spinach tu, tapi dah habis. aku beli up sikit dari spinach, bila dah masak rasa mabeles. Spinach ni, kena beli kat cina sebab dorang je yang banyak jual sayur ni. Kalau nak beli pun kena sebut spinach, kalau tak nanti dia bagi bayam biasa tu.
jeng jeng sayur yang up lagi dari spinach, cantikkan dia punya daun . Cara nak siang sayur ni ambik daun je, yang lain buang je, sebab batang tak berapa banyak.
Tumis bawang putih ngan ikan bilis hingga kekuningan.Lepas tu baru masukkan sayur dah basuh dan dituskan airnya . Bubuh garam, goreng sekejap, lepas tu dah boleh angkat.
Jeng jeng ni lah hasilnya, Firdaus suka sangat.
Kalau masak memang forever aku guna bawang besar kuning atau bombay ni. Aku beli kat pasar malam. Kalau nak beli jangan beli banyak sekali, sebab bawang ni cepat busuk . Kalau masak tomyam aku suka guna bawang besar ni sebab aromanya boleh membuat kuah tomyam bau harum dan rasa manis.
Bahan tuk buat sambal ikan kembung. Cili kering ni aku blender ngan bawang merah kecik. sebelum blender kering rendam ngan air panas dulu.
Ikan kembung beli kat pasar malam RM6 sekilo , boleh tahan, rega murah. Kalau nak beli ikan kembung beli yang tengah badan kaler kekuning dan bersize kecik, rasa isi ikan dah tentu manis.
Kalau masak apa -apa jenis sambal cili kena tumis sampai pecah minyak.Baru best. Resepi boleh langgan kat sini ye secara percuma
Ikan kembung goreng cili.
Firdaus yang suka sangat makan sayur tu.
Budak ni buat aku geram je malam tadi.
Aku tanya dia "nak ikan lagi tak?, kalau nak mak kopekkan."
Dia ngan muka selamba, "cuba mak pikir sendiri."
Aku pun gaulkan isi ikan kat nasi dia. Yang buat aku geram dia boleh cakap , "tahu pun mak pikir."
Rupanya nak ikan lagi, tapi tak nak cakap. Budak-budak sekarang ni mulut boleh tahan.